Thursday, October 7, 2010

An-Nur : 31



First time baca tentang kisah tudung wanita hati tergelak kecil. Kreatif! Aku pon da lupa blog mana aku pernah terbaca tentang syaitan yang kreatif. Kreatif nak menyesatkan manusia. Syaitan tidak pernah serik menggoda manusia supaya sering cintakan kemaksiatan. Lebih kreatif lagi syaitan dengan bersungguh-sungguh mengheret manusia supaya 'beriman' di lembah kesamaran; lembah yang tiada hitam putihnya. Ini jelas dalam hal menutup aurat. Sudah menjadi trend di masa kini ada wanita memakai tudung bukan atas tujuan tuntutan Islam namun lebih sekadar untuk berfesyen. Memakai tudung tapi masih menonjolkan bentuk tubuh badan. Memakai tudung tapi tidak menutup dada. Memakai tudung tapi masih terserlah lehernya. 


Maaf jika post kali ini agak pedas untuk sekalian wanita yang membaca terutama sahabat yang amatku cintai. Sebenarnya peringatan adalah untuk diriku sendiri. Bimbang diri yang asyik terbuai dengan kelekaan dunia dan mula merasa aman di lembah kesamaran. Ambillah yang baik dan tegurlah segala kelemahan nukilan ini.

Engkau terlalu cantik! Sehinggakan kecantikanmu digilai jutaan sang kumbang. Wahai diri, kecantikan itu tidak bermakna kamu perlu mempamerkan rupa paras dan anggotamu. Kecantikan sebenar adalah apabila kamu berjaya melabuhkan pakaianmu, melonggarkannya dan besederhana dalam penampilan seharianmu.  Kamu terlalu cantik sehinggakan tidak layak untuk tatapan umum  Kecantikan hakiki adalah mencuba untuk mendapatkan title wanita solehah seterusnya menjadi wanita yang beriman. Senang mulut menyebut namun perlu mujahadah untuk benar-benar barada dalam golongan ini.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya" (An-Nur:31)



Agak menyedihkan lagi apabila ramai antara golongan wanita yang tertipu dengan istilah 'fesyen Islamik'. Kononnya berfesyen tetapi masih menutup aurat dan menjaga batas-batas syariat. Namunlengan masih terdedah, kaki masih di'halal'kan menjadi tatapan si dia, apatah lagi cara jalannya mengalahkan si kucing gatal. Sedih! Tapi inilah hakikatnya. Kita telah kembali ke zaman jahiliah. Agak keterlaluankah kejahilan di zaman moden ini bukan kerana tiada ilmu namun ilmu yang ada digunakan sebagai helah untuk menikmati dunia semata.

Semakin kutulis, diri ini semakin takut. Bimbang diuji Allah suatu hari nanti. Namun sampai bila aku mahu menyepi? Aku terlalu cintakan sahabatku. Aku terlalu inginkan kita sama-sama berusaha menandingi bidadari-bidadari syurga. Tidak cemburukah kita nanti dengan sekalian bidadari syurga yang digilai sang pemuda mithali?

Wahai diri
Tegakah kamu terus thabat
Dalam pendirianmu

Wahai hati
Mampukah kamu terus sepi
Dari cinta yang belum pasti

Wahai Kekasih
Pautkanlah hatiku pada-Mu
Wahai Kekasih
Dakapilah aku
Aku terlalu rindukan
Kehangatan cinta-Mu

Wahai Kekasih
Selamatkanlah aku
Lindungilah aku
Daripada panahan sang cinta arjuna

Bidadari-bidadaari syurga
Bidadari bermata jeli
Kalian amatku cemburui
Masih sempatkah aku
Menandingimu?

2 comments:

N A U R A H said...

cinta y belum pasti..bila masanya untuk sepi..

ili_far said...

sufi alfaruqi: love urself=), but...i love ur triffle=P