Saturday, October 2, 2010

Kisah seorang pemuda


Menemani seorang sahabat ke sebuah kedai yang agak tersohor di USIM..kedai mana lagi kalu bukan kedai-kedai kat PKP tu...jalan-jalan sekitar kedai.. ternampak majalah Solusi edisi terbaru..isu No 24..tertarik untuk membeli majalah solusi tersebut memandangkan itulah majalah yang banyak memberi pengisian kepada aku dengan penuh ilmu dan tazkirah...tapi bukan selalu jugak la aku beli majalah tu..time takde duit ke nak berjimat ke, tak beli jugak..tapi tak rugi pun kalau beli majalah ilmu kan...

Keluar je dari kedai tu, sahabat aku yang comel tu pun berkata: ain, nanti kongsi la yang dalam majalah tu dalam blog..nanti x payah dah baca buku tu, baca blog je..amboi banyak cantik muka dia..haha~

Dan bila aku baca majalah tu, tertarik hendak kongsi kisah ni..kisah seorang pemuda..jom baca!


Seorang pemuda menjaga kambing-kambing peliharaannya dengan menunggang kuda kesayangannya. kesana kemari dia bergerak dengan kudanya.

satu hari, tiba-tiba kuda kesayangannya hilang dari kandangnya. puas dicarinya merata-rata tempat tetapi tidak berjumpa. " ayah, kuda kesayangan saya hilang," adunya kepada ayahnya.

" tidak mengapa, InsyaAllah ada hikmahnya", jawab ayahnya tenang
apalah hikmahnya, bisik si pemuda dalam hati. separuh percaya, separuh tidak.
selang beberapa hari tanpa disangka-sangka kudanya itu pulang tanpa cacat cela. sihat. bukan itu sahaja, malah kuda itu membawa beberapa ekor kuda liar bersama-samanya.

" ayah, kita sungguh bernasib baik. sekarang kita sudah ada beberapa ekor kuda. kuda kita bertambah."
si ayah tetap tenang seperti biasa. dengan suara yang perlahan dia berkata, " belum tentu kita bernasib baik anakku. tetapi yang pasti semua ini InsyaAllah ada hikmahnya."

si pemuda terus tertanya-tanya akan sikap ayahnya. mengapa dia tidak begitu gembira ketika bilangan kudanya bertambah?setiap hari lelaki itu asyik dengan kuda-kuda barunya. kesemuanya sedang diusahakan untuk dijinakkan. ketika sedang malatih salah seekor daripadanya, pemuda itu terjatuh dan patah kakinya. ketika tebaring beberapa hari dirumahnya, lelaki itu berkata kepada ayahnya, " malang sungguh nasib saya ayah. apalah gunanya kuda-kuda yang banyak apabila kaki saya sekarang ini patah."

sebaliknya ayah lelaki itu tetap berkata, " tak mengapa anakku. jangan bersedih. apa yang menimpa dirimu insyaAllah pasti ada hikmahnya." apa hikmahnya ayah? sekarang saya tidak boleh berjalan lagi. kuda-kuda kita akan terbiar tanpa penjagaan dan tanpa diberi makan."

beberapa hari kemudian, kampung mereka diserang oleh penjahat yang meceroboh sempadan negara. selain merompak harta benda penduduk, mereka turut menangkap semua lelaki muda untuk di latih menjadi ahli kumpulan mereka. semua lelaki muda di kampung itu diikat kaki dan diheret, kecuali seorang..lelaki yang patah kaki itu.. dia tidak dibawa bersama kerana dia tidak upaya berjalan.

" ayah, kini saya sedar, yang tersirat di sebalik kata-kata ayah. semua yang berlaku  memang ada hikmahnya.


Hidup adalah silih ganti antara nikmat dan musibah. apa yang penting hati kita mesti selalu berbaik sangka dengan takdir tanpa mengurangkan sedikitpun kesungguhan kita untuk mentadbir. pujuklah hati kita dengan selalu berbisiknya, insyaAllah apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmahnya.


Wallahhua'lam..

~Hurul_in~

7 comments:

voltox said...

ala ain..awak lambat ni kongsi kat blog..sy dah baca kat blog lain dah cite ni..eheh

apa pun betul juga cakap kawan awak tu..kongsi la dgn kami majalah tu kat blog ni..awk taip semula dari muka surat pertama sampai akhir pun takpe..sy tak kisah..ke awk yg kisah?awk kan rajin=p

terimalah madah dr sy yg tak seberapa ni..eheh

tiap yang berlaku adalah ujian
tiap ujian memerlukan kesabaran
tiap kesabaran itu pasti disukai Tuhan
Tuhanlah penentu kehidupan
tiap apa jua yang ditentukan
yakinlah disebaliknya seribu kebaikan..

Noorain said...

en voltox

oo, ye ke?? hehe~ sy beli majalh tu pun da lewt sbnrnya..yg sy beli tu pun yg last dah di kedai tu..

huh, kongsi kat blog dr muka surat pertama sampai akhir ye..bgus betul..tauke keropok lekor pun bankrup kalu camtu (ada kaitan ke?)..hahah~

hebat en voltox bermadah..terharu saya..apa pun trm kasih ats madah tersebut..=)

seorg shbt..? said...

huk2..huk2..setelah menyibuk2 di sesawang ~art of thinking~, ku terasa nak menyibuk2 di sini pula..
ya, benar sekali apabila ditimpa ujian, kesabaran perlulah menjadi benteng diri yang pertama kerana Allah telah berfirman, bahawa Dia swt sentiasa bersama hamba yang sabar..
tetapi bercakap memang lebih mudah dari melakukan..
maka apabila sukar untuk bersabar menunggu hikmah yang akan terbit, bersyukurlah kerana menjadi dia yang terpilih untuk menerima ujian dari Dia swt..bukankah itu tandan kasihNya pada hamba..
owh ya, ku juga mencintaimu sahabatku..malah sekalian saudara seakidahku..

Noorain said...

seorang sahabat

Memang bercakap lebih mudah dari melakukan kan..semoga kita diberi kekuatan oleh Allah dalam menghadapi apa jua ujianNYA..

Bertuah dicintai seorang sahabat sepertimu..(",)

cahaya mata islam said...

ain..
patutlah tersedak2 ade orang melibatkan dialogku dalam blognya..
siapakah sahabat mu yang comel itu?..hehe..

ain...xsempat nak bace abes ebtry yang nie...nanti saya singgah semula..tapi memangpun...sebab tgah berjimat nielah minta awak kongsi dlm blog...

Noorain said...

cahaya mata islam

cahaya mata islam...kalau dlm bhasa arab..noorain islam pun boleh diterjemahkan sebagai cahaya mata islam kan..hehe~

nanti saya dah habis baca majalah tu saya bagi pinjam kat awk erk..tulis semua dlm blog ni pengisian majalh tu, alamatnya xsiap la tesis writing saya...ehe~

Unknown said...

haaaa, menarik cite tu=)

oh, kude.....teringin nak naek...tapi takmo la musibah patah kaki..