Thursday, October 14, 2010

Merapu Show Time

Assalamualaikum....hi,frez...^_^
Hari ni sangat tak ada mood sebab setiap kali ulang gram staining ada je kurang. Rasanya my LAB dah contaminated. Dengan rela hati mulai esok daku akan memulakan langkah baru untuk berpatah balik kepada method isolation sehingga betul-betul dapat a right beautiful single colony of my LAB=) bertahan, diri!



Malam tadi bagaikan satu pujukan dari Allah, adik dari Mesir me'ym'kan diri pada kali pertama setelah melangkah ke bumi barokah. Dengan kesihatan yang sering turun naik pada saat genting bergelar mahasiswa ni (maha siswa la sangat) aku tak pernah putus berdoa supaya dapat bertahan hingga ke peringkat akhir. Jika ditakdirkan apa-apa berlaku selepas ini aku redha sebab Allah dah kurniakan pelbagai nikmat malahan nikmat tak terduga seperti nikmat mempunyai family yang sangat ajaib! Alhamdulillah!



Malam tadi juga tanpa diduga aku menerima satu panggilan dari seseorang yang aku tak kenali bertanyakan tentang SLE. Dari salam sahaja hati ni dah macam kena kejutan elektrik, terkejut...beliau seperti mengenaliku. Rupa-rupanya ada seseorang memperkenalkanku kepadanya di saat anaknya terlantar di hospital kerana menghidap penyakit yang sama denganku. Apabila beliau meminta aku menceritakan pengalamanku dan family menghadapi dugaan ini, aku terkedu sekatika. Pahit nak mengingati kembali. Tapi inilah teguran Allah yang paling terkesan di saat ini, di saat aku rasakan dugaan berhadapan dengan tesis dan pelbagai cabaran sebelum menamatkan pengajian ini sebenarnya tidaklah sehebat dugaan semalam. Kenapa jika dahulu aku mampu menghadapi walaupun terbaring lesu menahan kesakitan yang menusuk ke tulang,  tetapi hari ini aku senang melatah dengan ujian kesibukan dunia? Inikah balasan tanda kesyukuranku dahulu? Allah dah bagi peluang kedua untuk menikmati erti sebenar kehidupan, namun aku seperti tidak menyedari limpahan rahmat dan kasih Ilahi. Malu rasanya diri ini apabila tak mampu untuk menjadi tauladan yang baik kepada adik-adik sendiri.

Maaf,coretan kali ini sangat merapu dan lebih kepada peribadi. Ternyata nikmat Allah kurniakan kepadaku sangat tak terhitung. Masih kuingat, sekembalinya aku ke kampus dahulu, tak kujangka sambutan daripada sahabat tentang kondisi diri di luar jangkaanku. Mereka seakan mengerti aku tidak suka simpati. Mereka seakan mengerti aku tidak seperti dahulu. Mereka menerimaku seadanya. Mereka sedaya upaya menyuntik semangat untuk kuteruskan pengajian. Apabila dikenang sangat aku berdegil untuk kembali ke Nilai, ternyata masih jelas kerunsingan di mata mama. Papa tahu aku sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan. Aku meyakinkan keluargaku bahawa aku mampu teruskan pengajian. Allah dah kurniakan nikmat sihat selama 22 tahun, apalah nak dibandingkan dengan ujian kecil ini. 

Whatever happen,life must go on. Kepada sahabat-sahabat sekalian, ingat apa sebenarnya tujuan kita belajar. Perbetulkan niat,mulakan setiap langkah dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Semoga setiap ilmu yang ada terpahat kukuh di hati dan kita gunakan untuk maslahat ummah. Kita hidup di dunia bukan untuk diri sendiri sahaja. 

9 comments:

voltox said...

awk kata awk merapu..tapi sy rasa awk tak merapu pun..

semoga awk tabah ye ili..

kepada ain..jangan kacau kak ili selalu..dia nak berehat..=p

Noorain said...

k.ili..sedih..

Ya Allah, hanya doa yang mampuku hulurkan utk k.ili supaya k.ili kuat menghadapi segala ujian...berat bahu yg memandang, berat lagi bahu yg memikul..tapi ore yakin k.ili mmpu hadapi semua ni..


kepada en voltox, saya x kacau k.ili ye..tapi k.ili lagi suka kot kalu saya kacau dia..betul x k.ili?...hehehe~

Unknown said...

kak ili....mane de merapu..luahan hati never called merapu..
plus if it makes people tersedar dr leka. you shud call it GREAT!

im jealous of u, no offence. U still can stand still after fighting with urself. Mesti sya tak mampu buat, sebab tu Allah tak bg ujian tu kat sya..moga kuat selalu.

voltox, ain: bukn sape2 yg kaco k.ili1org lain melainkan voltox...mmg kuat kaco..

noorain said...

silap dlm komen tu td..berat mata yang memandang berat lagi bahu yg memikul..~

sya..

Laa yukallifullahunafsan illa wus'aha..tadi pon ms kat hospital tgk k.ili mkn mcm2 jenis ubat, da terdetik dlm hati..kalau la aku yg diberi ujian mcm k.ili, mampu ke aku nk hadapi semua tu..tapi tu la, setiap org ada ujian masing2..ats kita je cmne nak hadapi ujian yg diberi..

k.ili,

sahabat dan kakak yg bolok..
Be strong.. ok!!kalau nk minta merempit lagi oyak erk..hehe~

sekian, wassalam...(",)

voltox said...

"berat bahu yg memandang, berat lagi bahu yg memikul"

sy suka sgt ayat ni..=p

berat mengangkat nenas takkan sama berat dapat cek besar menang tempoyak..

apa pun sabar ye ili..

syamila sibuk!!

N A U R A H said...

Addunnia sijnul mu'meen..

seorang hamba~ said...

voltox: ain x kacau pon...ajak rempit lg=P
ain: x yh sedih...org len lg byk kn uji=)
sya:jom, fight together!
sufi alfaruqi: dunia umpama neraka bg org beriman n syurg bg y kufur
kwn: Allah syg sy dkurniakn teman spt kalian^_^

Haris said...

nice blog! just write wat ever u wan

noorain said...

en haris

welcome to our blog..hekhek~