Monday, August 30, 2010

Doa Rabitah~

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ya ALLAH Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (sahabat2 food biotek) telah berkumpul kerana mengasihi-MU...
bertemu untuk mematuhi(perintah)MU...bersatu memikul beban dakwah-MU....
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-MU....
Maka, eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya..
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-NYA yang sebenar...
Penuhkan piala hati kami dengan cahaya Rabbani-MU yang tidak kunjung malap...
Lapangkan hati-hati kami dengan limpahan iman,keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-MU..
Hidup suburkan hati-hati kami dengan ma'rifat(pengetahuan sebenar) tentang-MU...
(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama-MU...
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong...

Ya ALLAH restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya..
Amin ya Rab-A'lamin.... 

Sunday, August 15, 2010

Sanah helwah Jannah~

Hari ni 15/8..hari lahir anak sedara aku..Nur Auni Jannah bt Dzulkifli...da 5 tahun dah kamu Jannah..sekejap je masa..tengok Jannah membesar di depan mata, biarpun x selalu balik umah, time cuti-cuti je baru bleh jumpe jannah..time balik, xde benda yang dia minta..coklat..gula-gula.. xbeli kang, sian plak..beli kan, budak-budak xleh diajar sangat makan gula-gula..gigi tu da buruk dah pun..ish.


Nur Auni Jannah...cahaya kelembutanku, syurga..nama hasil gabungan dua buah keluarga..keluarga akak aku dan keluarga belah abang ipar aku..time kecik-kecik dulu, Jannah bukan seorang yang kuat meragam..maksudnya xkuat menangis la..syok je jaga dia sorang nih..sama cam adik dia jugak (tapi adik dia lagi baik kot =p) xkuat menangis..sampai aku kata kat akak aku, ni kalau beranak ramai2 pun xpe nih..senang hati je jaga, xkuat meragam..

Jannah.


- seorang  yang suka makan gula-gula

- yang paling rapat dgn aku berbanding mak sedara dia yang lain (memang la rapat, anak sedara 1st)

- suka bergaul dengan kawan2 sekampung dia (petang2 je mesti hilang, aku gak yang kena cari, asyik            lesap je)

-yang mudah terasa hati (lahir bulan 8 gini kot...eheh~)

-tapi mudah dipujuk. (pujuk je dia nak g round2 kampung ngan moto..mesti elok la lepas tu)

-mudah terpengaruh dgn iklan (budak memang gini lah...kalau ad iklan menari ke nyanyi ke mudah je dia tiru)

-muka ikut abi dia..tp versi perempuan...kalau tengok gambar, sebijik mcm abi dia masa kecik2 dulu..ehehhee) anak abi nih.

-seorang yang ceria..kalau dia gelak, semua orang akan gelak gak..lucu la kamu ni jannah

teringat dialog ngan Jannah masa cuti seminggu sem lepas..

jannah: cik in, cik in..cik in cerita la pasal kawan sekelas cik in..
            gapo namo saing2 cik in?
aku:     emmm....saing sekelas cik in ramai la jannah..
jannah: takpo la, oyak la namo gapo saing2 cik in?
aku:     (aku pun sebut la mana-mana name yang terlintas dalam benak fikiran aku)
            tasnim, nazirah, suhaila
jannah:  oooo....lagi, lagi
aku:      emmm...lilo
jannah:  eh..milo, milo ko?
aku:      bukan milo.....lilo (huahahaa...tergelak aku)
jannah:  lagi-lagi..
aku:      k.ili.....syamila
jannah:  mila? umi? umi ko?
aku:      bukn la, syamila..samo cam name umi la ckit..(umi dia nama karmila)
jannah:  owh...lagi
aku:      fikri..nizar..syazwan..(tiba-tiba je rasa nk sebut name bdk laki)
jannah:  gapo, syazwan?? sapo tuh, gewe cik in ko???

sekian drama dari aku dan Jannah..boleh wat masuk drama tv x? heee~

tahu dah pasl gewe jannah ni..ni mesti terpengaruh ngan budak-budak sekampung atau mungkinkah dr mak sedara dia? itu la budak..mudah je terikut apa-apa yang dia dengar dari orang sekeliling dia..kalau benda baik dia dengar, baik la yang akan keluar dari mulut dia dan sebaliknya...hati bersih..mudah terima apa-apa je..masa kecik ni lah kena ajar dia mengenal Allah dan Nabi..ms kecik la nak ajar dia hafaz doa-doa yang patut,ajar mengaji..supaya bila besar nanti hati dia dipenuhi dengan roh dan kefahaman Islam..orang kata melentur buluh biar dari rebungnya dop..

Tapi sekarang Jannah dah pandai bc doa makan, doa naik kenderaan, surah al-Fatihah, alif ba ta..Alhamdulillah..aku yakin dengan didikan dari abi dan umi dia..semoga Jannah jadi anak yang solehah buat umi dan abi..sejuk hati umi yang mengandung dan senang hati abi yang membesarkan...Amiin.


p/s: kepada orang tu...bila nak kawin??...hr tu tanya lambat lagi ye..(haha.. selingan2)




.




Friday, August 13, 2010

Konvo vs Ramadhan

Before Ramadhan ni banyak je universiti yang mempercepatkan proses konvokesyen. Ada gak yang terpaksa berkonvo after raya nanti termasuk u kitorang. Sabtu lepas aku tak terlepas gi majlis graduasi adik aku di Bangi. Pelbagai karenah disajikan pada hari berkenaan. Tak yah cite hal orang lain, kang mengumpat lak. I just talk about my family=) Malam sebelum kejadian hampir keseluruhan ahli Sri Alor dapat berkumpul di Restoran Samuri termasuk tatak Ihah dan dik Iyyan. Adik dari planet Toronto (Tronoh) dan Bro Leng je tak dapat hadir. Sorang ada interview kerja, lagi sorang kena pi BTN before berangkat ke oversea. Gamat Restoran Samuri dengan kehadiran family kitorang. Hal sesat jalan, lambat kumpul, lapar and so on da tak ingat dah. Headache pon leh ilang begitu sahaja. Best2...Kek dikeluarkan dari kotak dan...jeng jeng jeng...tak sangka lak hampir satu restoran nyanyikan lagu Happy Birthday tok tatak Ihah! Tatak buat muka blur=P tak kisah la asalkan tatak leh makan her favourite food a.k.a nasi himpit kosong! Salam Hilwah sanah,tatak! Semoga jd kakak yang solehah dan taat pada ibu dan abah tau!
Sok pagi, seawal 7 pagi kitorang dah check out dari hotel terus ke Bangi. Adik aku terus meluru masuk ke dewan. Papa dan mama menyusul.So, tinggallah aku bersama dua adik yang kelaparan. Tak sempat nak breakfast. Alamak,ubat tak telan lagi. Gara-gara terlebih berdebar dari si adik yang nak konvo la ni=P
Apa lagi, mesej la abang2 yang belum kunjung tiba supaya supply kan perut kami yang berkeroncong. Wah, nasi lomak dah sampai! Berkelah la kitorang di celah pokok2 ditemani pak guard yang sedang meronda di waktu kejadian. Punya la besar majis konvo tapi kat area dewan ni tak da langsung jual makanan. Tak kan lah mak cik2 dan pak cik2 nak makan bunga ngan teddy bear kan? Kesiannya... Ada je pesta konvo tapi jaoh! Hehe

Menjelang tengah hari majlis graduasi ditangguhkan. Panas! Panas lagi kat Padang Mahsyar kan? Hehe...mana payung? Abang aku yang lagi kalut bertanyakan payung untukku. Jap. amik kat keta. Disebabkan semua dah kelaparan the next destination is.....kedai gambar! Waaaaaaaaa, makan gambar la. Sangat kesian kat adik, tak sempat meluangkan masa bersam kawan-kawan pada hari bersejarah ni. Masa tak mengizinkan. Mama papa rushing nak pulang ke Chemor, abang dapat emergency call kena masuk kerja after lunch. Moment with friends verses moment with family....which is more precious? Hehe, think by yourself=)
Dah masuk 3 Ramadhan. Bulan rahmah, bulan maghfirah dan bulan permohonan supaya dijauhkan dari azab neraka. Bulan yang paling istimewa dalam 12 bulan. Ada apa pada Ramdhan? If kita berada di negara 4 musim, saat-saat yang paling dinantikan adalah musim bunga. Musim di mana pandangan mata tidak pernah terlepas daripada menikmati keindahan bunga-bungaan di setiap ceruk dan segenap ruang. Udara yang segar dan nyaman setiap masa. Suhu yang sederhana, tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk. Berbahagilah orang yang dapat menghayati keindahan musim bunga itu. Musim bunga akan berlalu pergi dan mungkin kita tal sempat untuk mengecapinya lagi. Begitu juga dengan bulan Ramadhan. Ia merupakan  musim bunga bagi orang-orang yang tahu menghayatinya. Kutiplah segala amal ibadah selagi yang mampu. Jadikanlah bulan penuh baroqah ini sebagai pesta ibadah. Lakukanlah dengan setulusnya. Inilah masanya untuk kita kenal siapa diri kita sebenarnya di sisi Ilahi.

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)
 Allah menyarankan kepada orang-orang beriman (adakah kita sudah layak dikategorikan sebagai manusia yang beriman?) supaya diwajibkan berpuasa. Kalimah la'alla  (semoga) bermakna harapan yang betul-betul berharap, bukannya laita iaitu harapan yang sia-sia (Penggunaan la'alla dalam ayat tersebut telah dikupas oleh seorang sahabat belajar bidang bahasa arab, kalau salah tolong perbetulkan...by the way ,thanks for sharing the knowledge,sis). Allah mewajibkan puasa di bulan Ramdhan bukan untuk tujuan sia-sia tetapi supaya kembali kepada fitrah asal. Kita adalah kekasih Allah di syurga suatu ketika dahulu. Tidak mahukah kita kembali kepada-Nya dengan perasaan yang sama?
Diriwatkan dari Sahl bin Saad RA katanya Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan.Orang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersam mereka seorang pun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa?  Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhit dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."
Tinggal beberapa hari lagi untuk kita didik nafsu kita supaya kembali mentaati Ilahi. Rebutlah peluang yang masih bersisa. Belum terlambat untuk kita menginsafi kekurangan diri. Salam Ramadhan Karim!

Tuesday, August 3, 2010

1st Bakery's class~


~Wajah-wajah ceria student 4 th year food biotek dlm kelas bakery~


1st Kelas bakery, kitorang dah bergambar...ceria je semua ye walaupun roti x berapa nak jadi...ahaha~ tapi, apa-apa pun, semangat nak buat roti tu tetap ada...bila kelas kedua, roti makin menjadi...fuyyooo..tahniah la untuk korang semua..walaupun lenguh tangan-tangan menguli roti sampai berurut-urut...ada orang tu lepas kelas bakery...mesti malm tu terus je mengurut...hehe~ sape la yang kena jadi tukang urut  tu erk... =p

Suka tengok gambar atas nih..1st gmbr ramai2 tuk 4th year..da nk habis dahhhhhh!!!.dgr2, nnt habis blajr, ad yang nk buka kedai roti dan kek ye...boleh la bg diskaun ye harga kalau pergi membeli kt kedai korang..!! sahabat lama, xkan nk berkira, bg free pun xpe...eheh~ apa2 pun, good luck untuk semua...:-)

Prof yang banyak beri tunjuk ajar..terima kasih prof!!


eh..kenapa roti ku juga yang terpilih ni??? hehe~