Friday, August 13, 2010

Konvo vs Ramadhan

Before Ramadhan ni banyak je universiti yang mempercepatkan proses konvokesyen. Ada gak yang terpaksa berkonvo after raya nanti termasuk u kitorang. Sabtu lepas aku tak terlepas gi majlis graduasi adik aku di Bangi. Pelbagai karenah disajikan pada hari berkenaan. Tak yah cite hal orang lain, kang mengumpat lak. I just talk about my family=) Malam sebelum kejadian hampir keseluruhan ahli Sri Alor dapat berkumpul di Restoran Samuri termasuk tatak Ihah dan dik Iyyan. Adik dari planet Toronto (Tronoh) dan Bro Leng je tak dapat hadir. Sorang ada interview kerja, lagi sorang kena pi BTN before berangkat ke oversea. Gamat Restoran Samuri dengan kehadiran family kitorang. Hal sesat jalan, lambat kumpul, lapar and so on da tak ingat dah. Headache pon leh ilang begitu sahaja. Best2...Kek dikeluarkan dari kotak dan...jeng jeng jeng...tak sangka lak hampir satu restoran nyanyikan lagu Happy Birthday tok tatak Ihah! Tatak buat muka blur=P tak kisah la asalkan tatak leh makan her favourite food a.k.a nasi himpit kosong! Salam Hilwah sanah,tatak! Semoga jd kakak yang solehah dan taat pada ibu dan abah tau!
Sok pagi, seawal 7 pagi kitorang dah check out dari hotel terus ke Bangi. Adik aku terus meluru masuk ke dewan. Papa dan mama menyusul.So, tinggallah aku bersama dua adik yang kelaparan. Tak sempat nak breakfast. Alamak,ubat tak telan lagi. Gara-gara terlebih berdebar dari si adik yang nak konvo la ni=P
Apa lagi, mesej la abang2 yang belum kunjung tiba supaya supply kan perut kami yang berkeroncong. Wah, nasi lomak dah sampai! Berkelah la kitorang di celah pokok2 ditemani pak guard yang sedang meronda di waktu kejadian. Punya la besar majis konvo tapi kat area dewan ni tak da langsung jual makanan. Tak kan lah mak cik2 dan pak cik2 nak makan bunga ngan teddy bear kan? Kesiannya... Ada je pesta konvo tapi jaoh! Hehe

Menjelang tengah hari majlis graduasi ditangguhkan. Panas! Panas lagi kat Padang Mahsyar kan? Hehe...mana payung? Abang aku yang lagi kalut bertanyakan payung untukku. Jap. amik kat keta. Disebabkan semua dah kelaparan the next destination is.....kedai gambar! Waaaaaaaaa, makan gambar la. Sangat kesian kat adik, tak sempat meluangkan masa bersam kawan-kawan pada hari bersejarah ni. Masa tak mengizinkan. Mama papa rushing nak pulang ke Chemor, abang dapat emergency call kena masuk kerja after lunch. Moment with friends verses moment with family....which is more precious? Hehe, think by yourself=)
Dah masuk 3 Ramadhan. Bulan rahmah, bulan maghfirah dan bulan permohonan supaya dijauhkan dari azab neraka. Bulan yang paling istimewa dalam 12 bulan. Ada apa pada Ramdhan? If kita berada di negara 4 musim, saat-saat yang paling dinantikan adalah musim bunga. Musim di mana pandangan mata tidak pernah terlepas daripada menikmati keindahan bunga-bungaan di setiap ceruk dan segenap ruang. Udara yang segar dan nyaman setiap masa. Suhu yang sederhana, tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk. Berbahagilah orang yang dapat menghayati keindahan musim bunga itu. Musim bunga akan berlalu pergi dan mungkin kita tal sempat untuk mengecapinya lagi. Begitu juga dengan bulan Ramadhan. Ia merupakan  musim bunga bagi orang-orang yang tahu menghayatinya. Kutiplah segala amal ibadah selagi yang mampu. Jadikanlah bulan penuh baroqah ini sebagai pesta ibadah. Lakukanlah dengan setulusnya. Inilah masanya untuk kita kenal siapa diri kita sebenarnya di sisi Ilahi.

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)
 Allah menyarankan kepada orang-orang beriman (adakah kita sudah layak dikategorikan sebagai manusia yang beriman?) supaya diwajibkan berpuasa. Kalimah la'alla  (semoga) bermakna harapan yang betul-betul berharap, bukannya laita iaitu harapan yang sia-sia (Penggunaan la'alla dalam ayat tersebut telah dikupas oleh seorang sahabat belajar bidang bahasa arab, kalau salah tolong perbetulkan...by the way ,thanks for sharing the knowledge,sis). Allah mewajibkan puasa di bulan Ramdhan bukan untuk tujuan sia-sia tetapi supaya kembali kepada fitrah asal. Kita adalah kekasih Allah di syurga suatu ketika dahulu. Tidak mahukah kita kembali kepada-Nya dengan perasaan yang sama?
Diriwatkan dari Sahl bin Saad RA katanya Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan.Orang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersam mereka seorang pun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa?  Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhit dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."
Tinggal beberapa hari lagi untuk kita didik nafsu kita supaya kembali mentaati Ilahi. Rebutlah peluang yang masih bersisa. Belum terlambat untuk kita menginsafi kekurangan diri. Salam Ramadhan Karim!

1 comment:

Noorain said...

adik konvo dlu..takpe k.ili, nnt kita konvo same2 ye..hehe~

bulan ramadhan = musim bunga..menarik2.=p

jom same2 kutip bunga byk2 pd bulan nih..:-)