Friday, April 22, 2011

Makan~

salam..lama dah tak mengarang di blog ni. bila jenguk blog-blog lain yang sentiasa diupdatekan, jeles jugak ngan diorang. rajin nak mengupdate blog. aku je yang malas.

ok2..nak tanya korang, pernah makan tak nasi dalam satu talam?? mungkin kat sekolah dulu ke..atau dalam program ape2 ke..biasa program-program yang berbentuk keislaman yang praktikkan makan satu talam ni. mungkin nak mengeratkan ukhuwah. tapi betul la, makan dalam satu talam ni memang dapat mengeratkan ukhuwah antara sahabat-sahabat kita. dalam satu talam tu boleh la 4-5 orang sekali makan. aku rasa last time aku makan satu talam ni masa kat usim dulu, kat asrama..jati. masa tu asrama buat majlis berbuka puasa.

seronok kan..ke korang tak rasa seronok makan ramai-ramai camtu.? ye la takut nasi dan lauk tak cukup ke...tapi mungkin ada keberkatannya tersendiri bila makan ramai-ramai ni. ye dop...kenyang je rasa, rasa cukup je..


masa tengah search gambar yang kat atas ni, aku terjumpa hadis ni lah~~~

Daripada Wahsyi bin Harb, daripada bapanya dan daripada atuknya berkata;

أن أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم قالوا : يا رسول الله إنا نأكل ولا نشبع قال : فلعلكم تفترقون قالوا : نعم ، قال : فاجتمعوا على طعامكم ، واذكروا اسم الله عليه ، يبارك لكم فيه

Maksudnya;
“Sesungguhnya para sahabat nabi SAW bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya kami makan, tetapi kami tidak pernah merasa kenyang”. Berkata Nabi SAW, “mungkin kamu makan bersendiri-sendirian?”. Jawab sahabat, “benar”. Bersabda Nabi SAW, “berhimpunlah atau berjemaahlah pada makanan kamu, dan sebutlah nama Allah atasnya, mudah-mudahan Allah memberi keberkatan kepada kamu pada makanan tersebut." Abu Daud : 3272.

ok, itu cerita yang makan dalam satu talam.. aku nak tanya lagi, pernah tak makan dalam satu pinggan dengan sahabat-sahabat ke adik beradik ke..mesti pernah kan kan kan..angguk la..hehe~ dulu dok usim selalu je makan berkongsi ngan sahabat-sahabat ni..pernah makan berkongsi ngan k.ili..dalam surau..pastu berebut ayam..ingat x k.ili...??? hehehe~ tujuan asal memang nak berjimat kalau makan kongsi-kongsi ni..ye la, biasa la, student lagi kan..kalau dah keje tu lain cite lah.

kat Usm ni masih praktikkan makan sekali ngan sorang sahabat ni. makan dalam kertas yang berbungkus la, bukan satu pinggan tapi satu kertas..hehe. tapi macam kelakar la plak sebabnya dah dua kali dapat rezeki dari tuan punya kafe. pertama kali dapat seekor ikan free. yang kedua kalinya, tiba-tiba je dapat dua gelas air bandung free. mungkin la dalam hati pakcik tu..kesiannya tengok budak-budak ni makan, sampai kena kongsi-kongsi..dah takde duit sangat dah ke..tiba-tiba je dapat makan dan minuman free dari pak cik kafe tu..rezeki.. Alhamdulillah..macam aku kata tadi, memang niat asal nak berjimat cermat, tapi selain tu boleh mengeratkan silaturrahim dengan sahabat-sahabat.. insyaAllah..so, meh kita praktikkan makan satu pinggan atau satu kertas...hehehehe~






Thursday, April 21, 2011

Happy BORNday!!!

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Ain bintul Yusof
Allah selamatkan kamu
~((^_<))~

For your info, I ngah writing this post while eating birthday blueberry cheese cake! Hahaha=P Mama bought me=)
I can't afford to buy your favourite cheese cake due to my pokainess, so I just teach you how to make an easy super yummy cheese cake, cara orang malas!

Here the ingredients:


1) 500g philadephia cheese
2) 1 @  1 and 1/2 cup of sweetened creamer milk
3) 1 packet of julie's cheese biscuit
4) Lemon juice

Senang je.....Pukul cheese dan susu pekat hingga sebati, masukkan jus lemon secukup rasa. Adun sebati semua bahan dan rasalah! Kalau sangat suka cheese gunakan sedikit sahaja perahan lemon. Kalau tak nak cepat muak, lebihkan perahan lemon. Begitu juga susu pekat, if suka masam, secawan dah mencukupi. If nak semua rasa well-balance, pandai-pandailah korang anggarkan sendiri.

Apabila rasa cheese sudah menepati citarasa korang, bolehlah ke peringkat yang seterusnya. Samada korang nak gaul biskut dengan adunan tadi dan masukkan ke dalam bekas sebelum disimpan di dalam peti ais atau korang lapiskan adunan tadi secara bergilir-gilir dengan susunan biskut macam kek lapis. If nak cantik,susunlah dalam bentuk lapisan. If tersangat malas, campak je la. Campak-campak ni jangan dok hidang kat mertua, buat malu je=P

Ain..nah adiah birthday dari saya! Buat sendiri yek!!! If menjadi, sila pos kepada sifu=)
This cake sangat memberi kesan kepada Kahfi sekalian suatu ketika dahulu=) =) =)

To Ain, semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan umur yang bermanfaat dan ceria selalu
Sanah Helwah!!!

Saturday, April 16, 2011

Ape Cer...

11 Februari 2011

Masa berlalu begitu pantas. Tiap detik tiap ketika masa terus bergerak, tak pernah kenal erti lelah terus melangkah, tidak menoleh, tidak menunggu sesiapa. Manusia terus-terusan dalam kelekaan, melainkan segolongan kecil yang sedar akan pentingnya memanfaatkan setiap saat yang ada dengan iman dan amal soleh tanpa rasa jemu dengan melakukan amal kebajikan dengan penuh kesabaran.

"Uda Uda, apa tu? Uda tak penat ke? Tatak ada mainan baru. Tatak ada bas utih! Besaaarrr!"
"Itu Ayah Yang punya, bukan Uda punya!"
"Tak, Uda punya la, Ayah Yang tak ada, Uda punya la!"
"Ok ok, jom main! Tapi Uda tak nak main bas putih kakak, jom main  one two ngan Uda"
"Ok!"

Seronok jadi budak kecil. Tak perlu fikirkan masalah. Ye ke? Dulu time budak-budak, kamu pernah terjebak dengan masalah jugak kan??? hahaha=P

Dalam tak sedar, dah makin bertambah follower di laman blog ni. Tahniah ain! Usaha ain selama ni membuahkan hasil. I'm proud of you.

"Dalam SPF ada apa?"

Berada di kedai mama banyak perkara baru aku belajar. Yang paling mencabar apabila customer datang dan bertanyakan ingredient dalam produk-produk kecantikan. Profession jurusalun dan jurucakap salun berbeza apatah lagi jurucakap itu lebih pada nak MAKAN je! Hehe.
Malu apabila ditanya teragak-agak menjawab. Kalau aku cakap apa-apa pun bukan mereka tahu benar atau tidak. Tiada untungnya berlagak seperti serba tahu padahal bercakap bohong. Tak apa tebalkan muka maklumkan apa yang kita tahu dan yang tak tahu tu boleh la cari jawapan daripada orang yang lebih pakar. Internet kan ada=P

Hampir 2 bulan berkhidmat di kedai mama menjadikan aku lebih berfikiran terbuka akan kecantikan hakiki , sang perhiasan dunia. Wanita bukanlah sebuah boneka, wanita bukanlah barangan tontonan dunia. Wanita adalah terbitan rusuk lelaki. Tulang rusuk ini mudah rapuh jika tak dipelihara.

Wanita asalnya dari tulang rusuk lelaki yang letakknya berdekatan dengan lengan untuk dilindungi dan berhampiran dengan hati untuk dicintai.

16 April 2011

Hampir 4 bulan berada di rumah segala macam rasa ada. Saat cemas, saat sayu, saat suka, saat gumbira tra la la, saat hampir-hampir terjatuh tergolek, saat senyum tak sudah. Pulang dari majlis kesyukuran sepupu aku mengambil peluang untuk menatap blog. Ada something aku termiss dalam hidup ini. Perkara yang selalu aku ulangi dan ucapi. Perkara yang menjadi pokok utama setiap pergerakan urat sendi ini. Apa sebenarnya tujuan aku hidup di bumi Allah? Kukira doaku dalam setiap sujud sudah jelas. Rupa-rupanya doaku selama ini berbaur 'selfish'.

Amat sukar untuk hati ini sentiasa akur akan tabiie manusiawi. Tabiie manusia untuk disayangi, dihargai dan diingati. Padahal semua itu hanyalah boneka dunia, tak mungkin boleh bawa bersama ke liang lahad. Wahai hati, tetapkanlah dirimu menyembah Allah yang Satu. Pasakkan sedalam mungkin kepercayaan terhadap Penciptamu. Dunia ini hanyalah persinggahan sementara. Berjaya kamu di sini, bergembiralah kamu di akhirat kelak. Kecundang kamu di sini, air mata darah sekalipun tidak bisa membasuh noda-noda semalam. 
 
Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati kami kepada agama-Mu, panduilah hati-hati ini kepada jalan ketaatan pada-Mu.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri...

Sunday, April 3, 2011

Don't give up~


Daripada Anas radhiallahu 'anhu berkata : Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Allah subhanahu wata'ala telah berfirman (dalam hadis qudsi) : "Hai anak Adam! selama engkau masih berdoa dan berharap kepadaKu, Aku mengampuni bagimu akan segala dosa yang ada padamu dan aku tidak peduli (walaupun dosa itu banyak sekali). Hai anak Adam! jikalau seandainya dosamu itu samapi ke atas awan yang ada di langit, kemudian kamu datang mengharapkan keampunan daripadaKu nescaya Aku berikan keampunan kepadamu. Hai anak Adam! Sesungguhnya jikalau engkau datang kepadaku membawa dosa sepenuh bumi ini, kemudian engkau datang menemui Aku padahal engkau tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan datangkan kepadamu sepenuh bumi pula keampunan." (Hadis Riwayat Tirmizi).


Friday, April 1, 2011

Cikgu oooo cikgu..~

*k.ili dah start tanya bila nak update ni..heee~ bagi can k.ili je sebenarnya tu..nak suh k.ili update banyak2 dlu..baru ain update..ngeh3x..=p

ok, jom baca cerita kat bawah…

Cikgu oooo cikgu..~

Dia melangkah ke kelas F..dari jauh sudah kelihatan budak-budak yang berada dalam kelas itu..sebelum tu dia diberitahu kelas itu hanya mempunyai 5-6 orang pelajar..tapi nampaknya pelajar ada mencapai dalam 10 orang..dia tidak sangka akan menjadi cikgu ganti pada malam itu..tiba-tiba je dia menerima panggilan telefon dari jirannya iaitu pemilik pusat tuisyen Al-amin meminta dia mengajar subjek sains darjah 4.. untuk tidak menghampakan jirannya, dia bersetuju untuk menerima tawaran tersebut. pukul 8.15 malam telefon, kelas mula kul 8.30…aduh, dengan cepat2 dia bersiap..capai jubah dan tudung yang sedia ada.

Dalam hati dah mula tertanya-tanya..nak mengajar pasal apa ni..tanpa persediaan..mujur la ada buku nota yang disediakan oleh isteri pemilik tuisyen itu..belek sikit-sikit buku tu sebelum ke kelas..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………..

dengan senyuman dia masuk ke kelas tersebut...=))).. masuk-masuk je..dah ada yang ramah bertanya...

Cikgu ni mesti baru habis university ni dop?? kecik je..

Tak la..mana tahu?? ok, cikgu ganti cikgu sains malam ni..

Alah, dengar suara pun dah tahu..

(nape, ayu sangat ke..hehe~)

Ok, masing-masing duduk elok-elok..Assalamulaikum warahmatullahiwabarakaatuh…

Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakaatuh..

Ok, sape boleh baca doa..

Bismillahirahmaanirrahim….............................................

Ape yg cikgu sebelum ni ajar ye…boleh cikgu tgk tak note sebelum2 ni…

(dalam hati,apa aku nak ajar ni..)

Em..kita belajar pasal protection la..

Protection of animal and plants…..bla, bla, bla…(dengan gaya seorang guru yang tak bertauliah…hee~)

dah habis dah cerita...tepuk tangan-tepuk tangan..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Setakat ajar budak sekolah rendah aku berani lagi, tapi kalau minta aku ajar budak sekolah menengah mungkin aku akan fikir banyak kali gak..hehe~ cuba kalau pemilik tuisyen tu suruh aku ajar add math ke, fizik ke, biologi ke..ish, mau ke aku nak terima tawaran dia tu.tapi pemilik tuisyen tu pun tahu la, xkan nak suh ajar student sekolah menengah kalau dah telefon 8.15, kelas 8.30??..boleh je, kalau aku ni terror dan tergolong dalam golongan bijak pandai, tak payah buat preparation pun jalan..(tapi masalahnya tak..)..haha~

Kerjaya sebagai seorang guru ni sangat mencabar sebenarnya..kadang2 aku rasa budak2 ni lebih banyak tahu dari aku.ye la, budak2 sekarang da pandai2. Kalau tanya sikit dah pandai jawab..(padahal mungkin kat sekolah dah belajar tajuk tu..tak tertanya plak..). dalam nak menyampaikan ilmu pada budak2 tu terlintas jugak, budak2 ni boleh terima ke apa yang aku cakap. Faham ke? Dan saat itu juga aku terfikir, kalau apa yang kita ajar tu dari hati, apa yang kita sampaikan itu dari hati, mereka akan mudah terima ilmu yang kita cakap..mudah-mudahan, insyaAllah..

lagi satu yg aku belajar, jadi seorang cikgu untuk sekolah rendah ni memang kena banyak sabar dan kreatif. sabar dengan setiap kerenah budak-budak..seorang cikgu kalau tidak sabar, tak payah jadi cikgu lah..kena pandai main psikologi ngan budak-budak. camne nak bg diorg faham dan tertarik dengan kita. barulah diorang seronok nak dengar apa yang kita cakapkan..tapi malam tu aku kreatif ke?? aku rasa main hentam je apa yang aku nak cakap..hehe~

em..minat juga jadi cikgu ni ye..hehe~ mungkin lepas ni boleh fikir-fikir nak kerja jadi cikgu ke tutor ke lecturer ke??? hua......wallahua'lam..~~~~