Friday, April 1, 2011

Cikgu oooo cikgu..~

*k.ili dah start tanya bila nak update ni..heee~ bagi can k.ili je sebenarnya tu..nak suh k.ili update banyak2 dlu..baru ain update..ngeh3x..=p

ok, jom baca cerita kat bawah…

Cikgu oooo cikgu..~

Dia melangkah ke kelas F..dari jauh sudah kelihatan budak-budak yang berada dalam kelas itu..sebelum tu dia diberitahu kelas itu hanya mempunyai 5-6 orang pelajar..tapi nampaknya pelajar ada mencapai dalam 10 orang..dia tidak sangka akan menjadi cikgu ganti pada malam itu..tiba-tiba je dia menerima panggilan telefon dari jirannya iaitu pemilik pusat tuisyen Al-amin meminta dia mengajar subjek sains darjah 4.. untuk tidak menghampakan jirannya, dia bersetuju untuk menerima tawaran tersebut. pukul 8.15 malam telefon, kelas mula kul 8.30…aduh, dengan cepat2 dia bersiap..capai jubah dan tudung yang sedia ada.

Dalam hati dah mula tertanya-tanya..nak mengajar pasal apa ni..tanpa persediaan..mujur la ada buku nota yang disediakan oleh isteri pemilik tuisyen itu..belek sikit-sikit buku tu sebelum ke kelas..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………..

dengan senyuman dia masuk ke kelas tersebut...=))).. masuk-masuk je..dah ada yang ramah bertanya...

Cikgu ni mesti baru habis university ni dop?? kecik je..

Tak la..mana tahu?? ok, cikgu ganti cikgu sains malam ni..

Alah, dengar suara pun dah tahu..

(nape, ayu sangat ke..hehe~)

Ok, masing-masing duduk elok-elok..Assalamulaikum warahmatullahiwabarakaatuh…

Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakaatuh..

Ok, sape boleh baca doa..

Bismillahirahmaanirrahim….............................................

Ape yg cikgu sebelum ni ajar ye…boleh cikgu tgk tak note sebelum2 ni…

(dalam hati,apa aku nak ajar ni..)

Em..kita belajar pasal protection la..

Protection of animal and plants…..bla, bla, bla…(dengan gaya seorang guru yang tak bertauliah…hee~)

dah habis dah cerita...tepuk tangan-tepuk tangan..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Setakat ajar budak sekolah rendah aku berani lagi, tapi kalau minta aku ajar budak sekolah menengah mungkin aku akan fikir banyak kali gak..hehe~ cuba kalau pemilik tuisyen tu suruh aku ajar add math ke, fizik ke, biologi ke..ish, mau ke aku nak terima tawaran dia tu.tapi pemilik tuisyen tu pun tahu la, xkan nak suh ajar student sekolah menengah kalau dah telefon 8.15, kelas 8.30??..boleh je, kalau aku ni terror dan tergolong dalam golongan bijak pandai, tak payah buat preparation pun jalan..(tapi masalahnya tak..)..haha~

Kerjaya sebagai seorang guru ni sangat mencabar sebenarnya..kadang2 aku rasa budak2 ni lebih banyak tahu dari aku.ye la, budak2 sekarang da pandai2. Kalau tanya sikit dah pandai jawab..(padahal mungkin kat sekolah dah belajar tajuk tu..tak tertanya plak..). dalam nak menyampaikan ilmu pada budak2 tu terlintas jugak, budak2 ni boleh terima ke apa yang aku cakap. Faham ke? Dan saat itu juga aku terfikir, kalau apa yang kita ajar tu dari hati, apa yang kita sampaikan itu dari hati, mereka akan mudah terima ilmu yang kita cakap..mudah-mudahan, insyaAllah..

lagi satu yg aku belajar, jadi seorang cikgu untuk sekolah rendah ni memang kena banyak sabar dan kreatif. sabar dengan setiap kerenah budak-budak..seorang cikgu kalau tidak sabar, tak payah jadi cikgu lah..kena pandai main psikologi ngan budak-budak. camne nak bg diorg faham dan tertarik dengan kita. barulah diorang seronok nak dengar apa yang kita cakapkan..tapi malam tu aku kreatif ke?? aku rasa main hentam je apa yang aku nak cakap..hehe~

em..minat juga jadi cikgu ni ye..hehe~ mungkin lepas ni boleh fikir-fikir nak kerja jadi cikgu ke tutor ke lecturer ke??? hua......wallahua'lam..~~~~



2 comments:

seorang hamba~ said...

cikgu oooooooooo cikgu!
Saya jeles! mula2 dak primary..pastu dak secondary..pastu dak u! Hehehe...

ili_far

@inurISLAM said...

waah...cikgu rupenye kwn kite nie...bt part time ke kak...hebat juge...seb baek ank murid tu tak tanye "baru lpas SPM ke kak?"..hehehe =)