Thursday, March 31, 2011

Jalan-jalan Cari Pasal (Part 2)

After we finished our dinner,jam dah tepat kol 8.24pm. Apalagi, terus la kejar train cari gerabak GX. Hati ni dup dap dup dap,dah lama tak naik seat duduk. Ah, tak pe. Sampai Kelate nati tido la puah2! Hehe...Seat 11C seat bukan tepi tingkap. Huhu, tak best ni. Dari jauh kelihatan seorang remaja menghuni seat 11D. Perempuan la! So, aku pun tegur la dulu, sebab nampak dia cam cuak je. 
"Turun mano?"
"Yek?"
Aik, melamun lak dia.
"Turun mano pahni?"
"Ooooo, turun kerey (Kuala Krai),"
Nampak cam dia gelisah semacam, aku ambil keputusan untuk senyap dulu. Tarik nafas and start...
"Kito nok kelik umoh jugok,tupak tapi turun wakah baru. Ni dari mano nok gi mano?"
"Dari KL nok kelik umoh jugok"
Nampak dia dah selesa sikit. Boleh sambung ni,ada kawan berbual hilang sikit boring.
"Ngaji lagi ko?"
"Ha'ah,kt UiTM, kelik sebab ado apoimen"
Dari satu cerita ke satu cerita kitorang borak. Dia makin selesa. Rupa-rupanya ini kali pertama Lin naik train. Sebelum ni Lin pulang ke kampung bersama abang-abang dengan kereta ataupun bas. Kepulangan Lin dalam sibuk mengejar assignment dan projek bukan untuk berehat atau homesick. Tapi kerana temujanji dengan doktor di Kelantan. Lama juga Lin membisu, mungkin memikirkan patutkah dia menceritakan tentang sakitnya atau tidak. So, aku buka cerita sebenar kenapa mai KL dulu baru Lin tidak teragak-agak menceritakan kisah di sebalik senyumannya itu. Wajah redup si wanita tabah ini yang baru menjejak usia 24 tahun rupa-rupanya telah didiagnos doktor menghidap barah payudara. If dahulu aku pernah merasa peritnya rawatan kidney untuk menghindarkan daripada fully rosak apatah lagi Lin perlu melalui rawatan kemoterapi untuk barah. Terfikir sejenak...seteruk-teruk penderitaan aku, teruk lagi penderitaan orang lain. Sesakit-sakit kitorang ni, sakit lagi sang kanak-kanak di bumi Palestin, menahan peluru-peluru zionis. Seperit-perit penat lelah manusia di bumi Malaysia, perit lagi ujian mereka yang berada di negara-negara yang tidak pernah serik berperang dan memanipulasikan rakyat yang tak berdosa.

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit KETAKUTAN, KELAPARAN, KEKURANGAN HARTA, JIWA dan BUAH-BUAHAN. Dan berikanlah berita gembira pada orang-orang yang sabar" 
(Al-Baqarah:155)

Setiap manusia Allah uji dengan pelbagai genre cubaan. Isu ayah kahwin lagi, suami main kayu tiga, pegang jawatan banyak sangat di kolej, adik asyik cari gadoh je, kawan tak cukup duit, kawan ajak couple, assignment banyak lagi tak siap, roomate tidur berdengkur. Hehe, nampak cam remeh, tapi orang-orang yang melaluinya saja yang tau bestnya cubaan berkenaan. Banyak lagi kalau nak disenaraikan. Contohnya...MAKAN. Kuat makan pun ujian pe? Perut terlampau kenyang susah nak buat kerja, mata makin redup, pulak tu hujan renyai-renyai, tarik selimut best ni...abis kerja terbengkalai! Hehe..kepada sesiapa yang terasa beliau adalah golongan yang sangat suka makan, kasihanilah perut anda. Cuba genggam tangan anda, besar tu je perut anda! So, ingat pesan Rasulullah s.a.w sepertiga isi makanan berkhasiat, sepertiga lagi air dan biarkan sepertiga lagi ruang kosong. Nanti senang makanan dan minuman nak hadam dan badan tidaklah berat untuk beribadat.

"Tidak mengisi perut anak Adam akan bahaya bencana sekira-kira memadai dengan beberapa suap yang kecil yang boleh mendirikan tulang salibnya, maka jika terpaksa maka sepertiga untuk makananya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya"
(Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi, Nisa'i dan Ibn Majah-hadith Hasan)

Jam hampir pukul 1 pagi. Lin sudah terlelap. Aku capai buku yang baru dibeli di MPH siang tadi, cuba memujuk mata untuk tidur. Most penumpang gerabak GX dah lena, lebih-lebih lagi tiba di Gemas dan train berhenti lama. Masa ni lah best tidur, train tak berkocak! Sakit sendi bahagian pinggang ke bawah tak yah cita seronoknya. Pelbagai posisi aku cuba tapi tetap gak sakit. Ingat pesanan abang di suatu malam aku mengerang kesakitan, abang berkata sambil memicit badanku;
"Abe tau I sakit,ngadu ko Allah. Dia bagi sakit, Dia jugak ado penyembuhnya. Zikir banyak-banyak, sebut Rabbi yassir wala tu'assir banyak kali sampai I lelap,"

Train sampai agak lewat daripada sepatutnya. Lin dah selamat sampai ke Kuala Krai. Hehe,boleh lakukaan aksi melampau. Conquer 2 seat, boleh la lelapkan mata jap. Lagi 2 jam  nak sampai Wakaf Bharu. Pengajaran daripada journey kali ini adalah....jangan dok cari pasal sesuka hati! Hahaha

2 comments:

hurul_in said...

k.ili...suka..suka...suka post ni..hehe~ byk peringatan n tazkirah + ad diologloghat kelate..haha~

kadg2 kita tahu akn sesuatu ilmu contohnya, mkan..berhenti sebelum kenyang..dan isi 1/3 mknn, 1/3 minumn dan 1/3 angin..tapi bila nafsu lebih menguasai diri..boleh mkn sampai dua pinggan lg kot..huhu..(ckp kat diri sendri nih..tp bukn selalu pun amalkn..hehehe~)

mujahadah lawan nafsu..kena kuat..!!

seorang hamba~ said...

hurul_in:hamboi3..suka-suki je, bl nk update ni? mentang2 I je tnm anggur=P
bab MAKAN tu peringtn tok diri sdr, doc da sound=P
kalo individu x dpt nk mujahadahkan nafsu sdr, bgmn nk mujahadah pkr y lg besar. Ap sumbangan kita as a muslim untuk Islam sedangkan setiap saat kita hirup udara milik Allah dgn free je. Allah tak pernah berkira, tapi kita bila diajak untuk melakukan kebaikan pelbagai alasan dicipta. Peringatna ini lebih untuk diri sendiri<((^_^))>

ili_far