Friday, November 11, 2011

Aku Sayang Kamu


Dalam persahabatan dengan seseorang, pernahkah terlintas di fikiran apakah kita benar-benar menyayangi mereka atau adakah kita hanya mempergunakan mereka untuk tujuan kebaikan diri sendiri semata-mata?

Usia makin menginjak, sahabat semakin ramai. Tetapi dapatkah dibezakan antara sahabat, kawan dan teman? Adakah semua manusia atas muka bumi ini adalah sahabat? 

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"
Saidina Ali

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat"
Al-Hujurat:10

Jom kongsi sedikit pembacaan berkenaan ukhuwah dalam persahabatan Islam. Martabat persahabatan paling tinggi adalah itsar iaitu melebihkan sahabat dalam setiap sesuatu. Bagaimana? Senang je, dengan mendahulukan atau mengutamakan sahabat dalam segala keperluannya berbanding keperluan sendiri. Tetapi dalam melakukan ibadah ketaatan kepada Allah, sebagai hamba perlulah berlumba-lumba sesama sahabat untuk sama-sama qiam malam, berebut untuk berjemaah di saf hadapan dan memperbanyakkan zikir contohnya. Tepuk dada tanyalah iman. Mulakan langkah biarpun kecil jadikan setiap ibadah seakan rutin harian sehingga tidak lagi lelah dan rasa kekosongan apabila meninggalkannya.

Bagaimana pula martabat yang paling rendah dalam bersahabat? Bersangka baik kepada sahabat. Husnu dzon (bersangka baik) memang dititikberatkan dalam persahabatan. Why? Sekiranya minda diajar sentiasa bersangka buruk terhadap sesiapa sahaja malahan kepada qada qadar Allah kita natijahnya diri sendiri yang merasa kerana memikul bersama dalam diri akan kuasa negatif sepanjang  perjalanan kehidupan seterusnya  mempengaruhi seluruh aktiviti harian. Sentiasalah berwaspada wahai diri. Sesungguhnya apa yang terlintas di fikiran juga boleh menjadi satu doa. Maka bersangka baiklah dalam setiap masa.

Semoga sentiasa mengamalkan itsar dan berhusnu dzon sesama sahabat. Dekati sahabat yang sentiasa mengajak kepada kebaikan dan tidak menyenangi kemungkaran. Moga wangian kasturi sahabat itu turut mengharumkan dan menyamankan hati. Railah sahabat tanpa mengharapkan balasan di kemudian hari melainkan redha-Nya. Nescaya halawah dalam persahabatan dapat dikecapi.

Special dedicated to all my friends from Pasti Alor Tal,Tadika SKCE, SKCE, MMP, KMM, USIM and wherever we met! Spending time sharing joys and sadness, be patient and stay there for me. I'm always grateful knowing you guys. If one day we meet again but I don't say hi, please remind me the day we shared together.

Wahai insan yang bernama sahabat...
Dalam tangis dan tawa
Ingat janji kita
Ingat ikrar kita
Ingat impian kita
Aku takkan karam
Engkau takkan lemas
Sekiranya aku ingat
Sekiranya dikau ingat
Mendoakan dirimu jua diriku
Bersatu kita bertemu
Dalam dakapan cinta yang Satu