Thursday, March 31, 2011

Jalan-jalan Cari Pasal (Part 2)

After we finished our dinner,jam dah tepat kol 8.24pm. Apalagi, terus la kejar train cari gerabak GX. Hati ni dup dap dup dap,dah lama tak naik seat duduk. Ah, tak pe. Sampai Kelate nati tido la puah2! Hehe...Seat 11C seat bukan tepi tingkap. Huhu, tak best ni. Dari jauh kelihatan seorang remaja menghuni seat 11D. Perempuan la! So, aku pun tegur la dulu, sebab nampak dia cam cuak je. 
"Turun mano?"
"Yek?"
Aik, melamun lak dia.
"Turun mano pahni?"
"Ooooo, turun kerey (Kuala Krai),"
Nampak cam dia gelisah semacam, aku ambil keputusan untuk senyap dulu. Tarik nafas and start...
"Kito nok kelik umoh jugok,tupak tapi turun wakah baru. Ni dari mano nok gi mano?"
"Dari KL nok kelik umoh jugok"
Nampak dia dah selesa sikit. Boleh sambung ni,ada kawan berbual hilang sikit boring.
"Ngaji lagi ko?"
"Ha'ah,kt UiTM, kelik sebab ado apoimen"
Dari satu cerita ke satu cerita kitorang borak. Dia makin selesa. Rupa-rupanya ini kali pertama Lin naik train. Sebelum ni Lin pulang ke kampung bersama abang-abang dengan kereta ataupun bas. Kepulangan Lin dalam sibuk mengejar assignment dan projek bukan untuk berehat atau homesick. Tapi kerana temujanji dengan doktor di Kelantan. Lama juga Lin membisu, mungkin memikirkan patutkah dia menceritakan tentang sakitnya atau tidak. So, aku buka cerita sebenar kenapa mai KL dulu baru Lin tidak teragak-agak menceritakan kisah di sebalik senyumannya itu. Wajah redup si wanita tabah ini yang baru menjejak usia 24 tahun rupa-rupanya telah didiagnos doktor menghidap barah payudara. If dahulu aku pernah merasa peritnya rawatan kidney untuk menghindarkan daripada fully rosak apatah lagi Lin perlu melalui rawatan kemoterapi untuk barah. Terfikir sejenak...seteruk-teruk penderitaan aku, teruk lagi penderitaan orang lain. Sesakit-sakit kitorang ni, sakit lagi sang kanak-kanak di bumi Palestin, menahan peluru-peluru zionis. Seperit-perit penat lelah manusia di bumi Malaysia, perit lagi ujian mereka yang berada di negara-negara yang tidak pernah serik berperang dan memanipulasikan rakyat yang tak berdosa.

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit KETAKUTAN, KELAPARAN, KEKURANGAN HARTA, JIWA dan BUAH-BUAHAN. Dan berikanlah berita gembira pada orang-orang yang sabar" 
(Al-Baqarah:155)

Setiap manusia Allah uji dengan pelbagai genre cubaan. Isu ayah kahwin lagi, suami main kayu tiga, pegang jawatan banyak sangat di kolej, adik asyik cari gadoh je, kawan tak cukup duit, kawan ajak couple, assignment banyak lagi tak siap, roomate tidur berdengkur. Hehe, nampak cam remeh, tapi orang-orang yang melaluinya saja yang tau bestnya cubaan berkenaan. Banyak lagi kalau nak disenaraikan. Contohnya...MAKAN. Kuat makan pun ujian pe? Perut terlampau kenyang susah nak buat kerja, mata makin redup, pulak tu hujan renyai-renyai, tarik selimut best ni...abis kerja terbengkalai! Hehe..kepada sesiapa yang terasa beliau adalah golongan yang sangat suka makan, kasihanilah perut anda. Cuba genggam tangan anda, besar tu je perut anda! So, ingat pesan Rasulullah s.a.w sepertiga isi makanan berkhasiat, sepertiga lagi air dan biarkan sepertiga lagi ruang kosong. Nanti senang makanan dan minuman nak hadam dan badan tidaklah berat untuk beribadat.

"Tidak mengisi perut anak Adam akan bahaya bencana sekira-kira memadai dengan beberapa suap yang kecil yang boleh mendirikan tulang salibnya, maka jika terpaksa maka sepertiga untuk makananya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya"
(Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi, Nisa'i dan Ibn Majah-hadith Hasan)

Jam hampir pukul 1 pagi. Lin sudah terlelap. Aku capai buku yang baru dibeli di MPH siang tadi, cuba memujuk mata untuk tidur. Most penumpang gerabak GX dah lena, lebih-lebih lagi tiba di Gemas dan train berhenti lama. Masa ni lah best tidur, train tak berkocak! Sakit sendi bahagian pinggang ke bawah tak yah cita seronoknya. Pelbagai posisi aku cuba tapi tetap gak sakit. Ingat pesanan abang di suatu malam aku mengerang kesakitan, abang berkata sambil memicit badanku;
"Abe tau I sakit,ngadu ko Allah. Dia bagi sakit, Dia jugak ado penyembuhnya. Zikir banyak-banyak, sebut Rabbi yassir wala tu'assir banyak kali sampai I lelap,"

Train sampai agak lewat daripada sepatutnya. Lin dah selamat sampai ke Kuala Krai. Hehe,boleh lakukaan aksi melampau. Conquer 2 seat, boleh la lelapkan mata jap. Lagi 2 jam  nak sampai Wakaf Bharu. Pengajaran daripada journey kali ini adalah....jangan dok cari pasal sesuka hati! Hahaha

Tuesday, March 22, 2011

Kuatlah, sahabat!

Buat sahabat-sahabat Maahad (5 sains 2,2004) dan USIM (Financial Math) 
yang mengenali saudari Syaikhah Che Danial...

Sama-sama kita doakan semoga beliau kuat semangat untuk terus berjuang. Beliau terlibat dengan kemalangan di jalan Kuala Krai-Gua Musang pagi semalam. Adiknya, Syaibah Che Danial yang terlibat sama dalam kemalangan tersebut telah kembali ke Rahmatullah tengah hari semalam.

Ajal tak kenal usia, tak pandang pangkat dan darjat. Bila tiba masa kita semua akan kembali kepada-Nya. Selagi masih diberi peluang menikmati oksigen Ilahi rebutlah masa yang ada ini dengan sebaiknya. Jangan lupa memohon keampunan dan mendoakan kita meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah.

"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah (akhir yang baik) dan janganlah engkau akhiri hidup kami dengan suu-ul khatimah (akhir yang buruk)"

Antara salah-satu tanda seseorang itu tergolong dalam golongan husnul khatimah adalah mereka yang sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya. 

Maaf, sekadar itu sahaja untuk kali ini.
I'm speechless.

For Syairiah's family..salam takziah.

28 Mac 2011

Setelah hampir seminggu koma, sudah tiba masa untuk beliau menghadap Ilahi mengiringi pemergian arwah adiknya, Syaibah. Al-fatihah buat saudari Hasmah (sepupu), Aminah (sepupu), Syaibah (adik) dan Syaikhah. Semoga kalian bersama golongan solehin.InsyaAllah, kami akan menyusul kemudian...
~Al-fatihah~

Saturday, March 19, 2011

Jalan-jalan Cari Pasal

Aku tak kira. Kali ni tak mau berlama-lamaan di KL. Sesak! Even sipi-sipi KL pun aku tak sanggup! So, I decided to make my loooooooooooooonnng night in a train. Bertolak sehari before the 'date' and that night terus balik kampung! (^_^)
Tiket dua hala pun dibeli oleh adik aku. Sampai rumah adik cakap," Kak I, tiket kelik Kelate tak dop doh katey, T beli je la seat duduk!"
Alamak! Nervous gak, dah lama tak amik seat. Tiket pun dah beli, so pasrah je la. Lagipun tiket balik hometown, if anything happen sampai jugak Kelate.
Dari Stesen Keretapi Wakaf Bharu ke KL Central perjalanan amik masa agak-agak 12 jam tetiba otak decided turun je di Kajang, malas nak patah balik ke Serdang. Dari Serdang ingat nak amik teksi tapi disebabkan bajet lari a.k.a aku tak really berkerjaya so again I decided naik komuter ke Stesen KTM Serdang. From there I took a bus, berasak-asak ngan ramai foreigner. After diketawakan Doc atas reason-reason tertentu, terus amik ubat and sekali lagi I decided tok tidak mengganggu kawan-kawan di area KL.

Train Senandung Wau dari Tumpat ke KL Sentral lebih kurang camni lah!


My 'Date'


Mata melilau cari MPH padahal dah terang-terang ada map disediakan=P

Paling tak best adalah waktu menunggu,
dat why you must have something to read while waiting=)

Atur langkah ke Mid Valley and mulakan hobi lama. Lepak kedai buku! Tak sedar masa berlalu begitu pantas, almost 5 hours aku berkubang dengan pelbagai jenis buku dan majalah. Jalan sorang-sorang tak terikat dengan sapa-sapa. After Asar badan baru bagi signal to have some rest. Cepat-cepat aku ke KL Sentral and lepak di surau sementara tunggu adik Z abis kerja. Kitorang dah janji nak have dinner sama-sama sebelum aku bertolak pulang.
To be continued...ehe<((>_<))>

Monday, March 14, 2011

Wasiat Nabi s.a.w

Inilah 7 perkara penting
Wasiat Rasulullah s.a.w
kepada
Abu Zarr Al-Ghifari r.a:
"Daripada Abu Zarr r.a., dia berkata,'Kekasihku (Rasulullah) s.a.w. berwasiat kepadaku dengan tujuh perkara:
1. Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekatkan diri dengan mereka.
2. Baginda memerintahkan aku agar melihat kepada orang yang berada di bawahku (kurang daripadaku) dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku (lebih daripadaku).
3. Baginda memerintahkan agar aku menyambung silaturrahimku meskipun mereka berlaku kasar padaku.
4. Dianjurkan agar aku memperbanyakkan ucapan 'Laa haula wala quwwata illa billah' (Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah).
5. Aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit.
6. Baginda berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah.
7. Baginda melarang aku agar tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia."