Tuesday, March 22, 2011

Kuatlah, sahabat!

Buat sahabat-sahabat Maahad (5 sains 2,2004) dan USIM (Financial Math) 
yang mengenali saudari Syaikhah Che Danial...

Sama-sama kita doakan semoga beliau kuat semangat untuk terus berjuang. Beliau terlibat dengan kemalangan di jalan Kuala Krai-Gua Musang pagi semalam. Adiknya, Syaibah Che Danial yang terlibat sama dalam kemalangan tersebut telah kembali ke Rahmatullah tengah hari semalam.

Ajal tak kenal usia, tak pandang pangkat dan darjat. Bila tiba masa kita semua akan kembali kepada-Nya. Selagi masih diberi peluang menikmati oksigen Ilahi rebutlah masa yang ada ini dengan sebaiknya. Jangan lupa memohon keampunan dan mendoakan kita meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah.

"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah (akhir yang baik) dan janganlah engkau akhiri hidup kami dengan suu-ul khatimah (akhir yang buruk)"

Antara salah-satu tanda seseorang itu tergolong dalam golongan husnul khatimah adalah mereka yang sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya. 

Maaf, sekadar itu sahaja untuk kali ini.
I'm speechless.

For Syairiah's family..salam takziah.

28 Mac 2011

Setelah hampir seminggu koma, sudah tiba masa untuk beliau menghadap Ilahi mengiringi pemergian arwah adiknya, Syaibah. Al-fatihah buat saudari Hasmah (sepupu), Aminah (sepupu), Syaibah (adik) dan Syaikhah. Semoga kalian bersama golongan solehin.InsyaAllah, kami akan menyusul kemudian...
~Al-fatihah~

1 comment:

hurul_in said...

Innalillahiwainnailaihiraajiuun...

al-faatihah buat mereka..~