Tuesday, November 30, 2010

Kami berbalas pantun

........Kisah semalam......

Di kala perut merembeskan jus asid hidrokloriknya...perut minta diisi dgn apa-apa makanan..ke dapur untuk memasak..tapi buka peti ais nampak ada tomyam..panaskan kejap..dah x jadi nak memasak..makan je nasi ngan tomyam tu..tengah baru nak makan..tiba-tiba ada mesej masuk...

salam..

pagi hari disinari suria
suria pagi meyinari dunia
study enzyme penuh ceria
sudah habis study kah tuan hamba

adush..tgh syok-syok nak makan..boleh plak cik naz ni hntr mesej..berpantun-pantun plak tu..tau la terror berpantun...perut tgh lapar tersangat-sangat..takpe, makan dulu 2,3 suap..pastu ada idea nak balas msj tu..sambil-sambil makan... dpn tv, dpn note dan depan makanan...ish..ish..

aku balas..

waktu tengahari, waktu lapar,
perut mencari sesuap nasi,
sambil makan sambil study,
maksudnya apa?
kihkihkih

out of rule da tuh..hehe..rima pun takde..sian la cikgu suhaila yang ajar aku penat-penat KOMSAS (komponen sastera) kat sekolah dulu...tapi pantun mula-mula je..pastu aku ikut rule tau..walaupun ayat entah ape-ape ntah..keh keh..

cik naz balas

ubat penawar hati yang lara,
menjadi rebutan si pesakit hati,
jawapan hamba mendalam maksudnya,
menjadi motivasi kpd diri..kihkih..versi 1

ubat penawar hati yang lara,
menjadi rebutan si pesakit hati,
jawapan hamba mendalam maksudnya,
bukan nak ajak makan sekali...kihkih..versi 2


aku balas..

kucing lapar cari ikan,
manusia lapar cari nasik,
kalau lapar nak makan,
pergilah cari sendirik..keh3x..

cik naz balas..

bunga dipetik peneman hati,
menjadi perangsang buat diri,
sedih singgah rasa di hati,
tidak mengapa andai tak sudi..huhu..

aku balas..

makan nasi lauk kelmarin (semalam),
asal perut kenyang senang hati,
kalau tuan hamba orang rajin,
meh masak sini..(untk petang)..hekhek..

cik naz balas..

makan nasi di pagi hari,
di kala petang makan jeruk,
bukannya diri tidak sudi,
kerana hati sudah merajuk.

aku balas..

budak kecik suka merajuk,
diberi coklat untk dipujuk,
tuan hamba suka merajuk,
camne la hamba nak pujuk..=p

cik naz balas..

kain disulam dengan manik,
menjadi penghias permaisuri hati,
hamba bukanlah budak kecik,
coklat bukan pengubat hati..kua2..kih2

aku balas..

gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati..haha..

ada handset jenis nokia,
tuan type mesej ni comel giler,
tuan hamba orang dewasa,
pujuk dgn aiskrim ler..haha..

cik naz balas..

hati-hati naik kenari,
tersilap langkah bawa mati,
comel memang sifat semulajadi,
aiskrim bukan pengubat hati..

pastu senyap...hehehe...buat apa ntah..
-
-
-
-
-
-
aku tak balas mesej cik naz..
kita sambung lepas exam enzyme ye cik naz..hehe...=p
kalau ada sape2 yg sudi balas..dipersilakan la...




p/s: sayang nak delete mesej2 ni, tu yang tulis dalam blog..kenangan musim exam....kuikuikui



Saturday, November 27, 2010

Belajarlah dari musibah


Apa itu musibah? secara ringkasnya musibah ditakrifkan sebagai sesuatu yang tidak disukai oleh manusia seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan dan lain-lain. Jadi, Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai (musibah). kita tidak sukakan kematian, tetapi siapa yang dapat mengelak daripada mati? kita benci kesakitan, tetapi itu adalah lumrah hidup. lalu hati kita bertanya lagi, mengapa Allah datangkan semua itu? apa perlunya musibah? musibah ditakdirkan adalah untuk menyerlahkan nilai diri kita disisi Allah. terutamanya Allah hendak menilai (walaupun hakikatnya Allah maha Mengetahui) sejauh mana hati kita dan Allah menilai hati dan amalan kita. dengan ujian sakit, barulah diketahui tahap kesabaran dalam hati kita. bila diuji dengan peperangan, barulah terserlah keberanian kita. bila diuji barulah diketahui apakah hati itu telah yakin (beriman) ataupun masih ragu-ragu. Ada tiga jenis musibah (walaupun pada hakikatnya musibah itu sama sahaja) tetapi yang berbeza adalah disebabkan keadaan diri orang yang menerimanya dan bagaimana mereka bertindak ketika menghadapi musibah tersebut.

1) Kifarah-iaitu musibah ke atas orang yang baik tetapi ketika itu terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu. maka musibah itu diturunkan sebagai tebusan untuk menghapuskan dosa dan ketelanjuran itu. ertinya Allah membalas kesalahannya didunia untuk melepaskannya daripada dibalas di akhirat. ini lebih baik kerana kerana azab didunia lebih ringan berbanding azab diakhirat. ringkasnya, kifarah adalah ujian untuk orang yang baik yang terbuat jahat. dengan ujian itu, 'orang baik' tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan ketelanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.

2) Bala- iaitu ujian keatas orang jahat yang sedang melakukan kejahatan. Allah datangkan musibah itu sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum lebih berat di akhirat. dengan kemurkaanNya, Allah turunkan kepedihan dan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. orang yang begini akan diseksa dua kali, pertama di dunia, kedua di akhirat. ringkasnya, bala adalah bentuk ujian ke atas orang jahat yang berbuat jahat.

3) Ibtila'- iaitu musibah ke atas orang baik ketika melakukan kebaikan. ia adalah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya yang taat. justeru dengan ibtila',hamba itu akan mendapat pahala berlipat ganda dan ditinggalkan darjatnya di sisi Allah. Dengan musibah, orang yang soleh ini akan mendapat pahala syahid, pahala sabar, pahala redha, pahala qanaah, pahala pemaaf, sangka baik dan sebagainya. justeru jika diuji, bagaimana hamba yang taat itu mendapat pahala pemaaf, sangka baik, sabar, syukur, redha, pemaaf, qanaah daripada Allah?


Sabda Rasulullah s.a.w, barangsiapa yang banyak beristighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.." HR Abu Daud.

Hadis dari Anas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, maka hendaklah kamu berazam serta benar-benar memohon kepada Allah dan janganlah berkata: Ya Allah, jika engkau kehendaki maka perkenankanlah kepada aku kerana sesungguhnya Allah itu bukanlah kedekut (riwayat muslim)

Thursday, November 11, 2010

Mood Thesis @ Ashabul kahfi's house

Hi, friends!

Hehehe..today I would like to share with you some scenarios at my house in Nilai.  This week was an 'owl week' for most final year student of food biotechnology. Haha. Why the owl got name? Hehehe, most of us stay up till bengkak-bengkak mata kot =P We drove up to gear 5 to speed up our limits to finish all the tasks given before we go home for Hari Raya Idul Adha. Now miegha, muna and aidah already went their hometown and only 5 more left.

9 November 2010
Even we were too busy with our own life, we still want to 'prank' that November Bestday girl too. Hehehe..sorry miegha, you starving to eat rice so much but we didn't cooked. We had already planning to make surprise dinner tonight. No picture of us, because we 'malas' wearing scarf, so you all can't see miegha's face with flour ^_^
Sweet....? Jangan nangis -nangis, umur masih muda =P
Ini bukan pizza buatan sendiri..hehe
 
Growing old is mandatory but growing up is optinal =P


10 November 2010
Suppose we must submit two hard copies of our thesis writing today. However the submission date was delayed till 15 November. We were at home today trying so hard to make last touch up by our own. I noticed that when we sat in front of our laptops we came to our own worlds. Cakap pun da tak betul! Hahaha. When calculator became stapler, when benang became bawang and when mesin jahit became mesin basuh! What I tought was not went smooth with what I said. Huhu, kantoi! Gabra jugak aku ni =P

Thanks to all Ashabul Kahfi's member for always be by my side, sharing enjoyable moments with all you were so great! I feel like we are like an old friends and we are sisters, right? Marah-marah tu mean that I love soooooo much! Hehe...forgive all my sins to all of you. If I making a joke but at the same time I hurting you, please forgive me. Mulut ni asyik terlepas je, bila da terlontar cakap baru sedar =( Gomenasai!!!

Sunday, November 7, 2010

Sahabat


Sempena lab untuk subjek bakery and patries technology yang terakhir (hari khamis) untuk 4th year student food biotechnology, prof dengan baik hati buat makan-makan sikit, special untuk kitorang..ooo..menu-menu dan orang-orang yang dengan rela hati untuk membuatnya ialah:



-pizza (k.nida, nazirah, dayah)


-kek butter(ain..ops, kek tak berapa nak jadi plak (ada teknik yg tak kena) tapi sedap kan?hehe) ..dlm gmbr yg kanan sekali..




-kek coklat (suhaila)

 


-air bandung + buah pic (ct dan tikah)


orang lain..(kelas BSA 2) dengan lab terakhir diorang buat biskut...
orang lain..(kelas BSA 1)..ada yang dgn tesis, facebook, makan-makan, tido kat umah..dan yang sewaktu dengannya...

masa proses membuat kek dijalankan...seorang sahabat yang rapat dengan aku kata..orang sedih..lepas ni tak dapat jumpa dah ain..aku balas..alaa, kan dekat je..nanti turun la kelantan...dan sepanjang hari tu dia rasa sedih....betul ke sedih sbb nk berpisah ngn aku ni...ada sebab lain nih..ke sebab nk tinggalkan pakwe ni??..oo, senyap-senyap ye....=p....haha..gurau je..sedih sebab nak tinggalkan semua, usim, sahabat-sahabat sekelas, suasana di lab..dan lain-lain..(pada firasat aku...tapi mungkin ada sebab lain yang lebih terkesan dihati dia..(pandai-pandai je ain ni)..hehe~

buat sahabat aku itu
setiap pertemuan adanya perpisahan..
dan setiap perpisahan itu..akan melahirkan kerinduan..
so, bila awak rindu kat saya..mesej-mesej la..call ke....YM ke..kan awk suka buzz saya..bagi smile yg bukan-bukan tu..

buat sahabatku, 
dan jika diuji dgn ujian ukhuwah..
bersabarlah..setiap ukhuwah tak lari daripada diuji..
berlapang dada dengan sahabat....
....dan..
semoga dalam rahmat Allah walau di mana berada
semoga cepat kawin..(hahahaha..jgn lupa jemput tau...)

kalau rindu nak cakap loghat kelantan..cakap je sorang-sorang..
takpe, org dgr....dr jauh..ahaha~


p/s: thanks to k.normah for the pictures....=)






Tuesday, November 2, 2010

Diari hidup Rasulullah s.a.w..

Menjejak Sunnah utama Rasulullah s.a.w dalam sehari, bagi tujuh Hari seminggu yang produktif....

Tujuh sunnah harian, Rasulullah selalu memulakan hari dengan solat tahajjud, kemudian beliau membaca Al-quran.semasa azan subuh berkumandang, beliau berangkat ke masjid bagi solat subuh berjemaah. Apabila pulang dari dari masjid, beliau menyedekahkan sebahagian daripada rezekinya kepada yang memerlukan. beliau juga sentiasa berada dalam keadaan suci semasa melakukan apa-apa aktiviti sekali pun.apabila wudhuknya batal, beliau segera berwudhuk lagi. apabila masuk waktu dhuha, beliau mendirikan solat dhuha. tidak kira di mana dan bila, dalam keadaan apa sekali pun, beliau sentisa berzikir dan membanyakkan istighfar...



petikan dari buku "Diari hidup Rasulullah"...buku yang kawan sebilik aku belikan untuk dihadiahkan pada seseorang...sebelum dia bagi buku tu kat orang tu..aku sempat-sempat baca..belek sikit-sikit..dan akhirnya isi di atas yang 1/100 daripada buku itu aku kongsikan di blog.. untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat..=)

~hurul_in~