Wednesday, October 20, 2010

Assalamualaikum...

Sebuah kisah yang aku ambil dalam blog seorang sahabat...baca lah dengan hatimu..moga-moga mendapat manfaat...wassalam..~hurul_in~

Sebuah kisah:Abahku pergi jauh..



27/02/2010, 10.00malam
Abah: assalamualaikum, k.long tgh wat ape tu?
aku: oh, abah..waalaikumussalam..xde wat ape, ada meeting dgn kawan2 skit nih, kenapa  abah?
Abah: xde ape..saja je abah telefon tanya khabar anak abah nih..sihat ke?
aku: alhamdulillah sihat..abah? umi camne? adik2?
Abah: alhamdulillah sihat semua.. ni k.long jadi ke balik kampung untuk majlis kawin k.nor tu?
aku: tak tahu lagi la abah.. bos macam kureng bagi.. kalau dapat balik, k.long sampai la.. kalau x dpt balik, xde rezki la gamaknya..
Abah: oo..gitu ke..pastu kalau tak balik majlis tu, bila plak dpt baliknyer?
aku: lambat lagi la, bulan 5 nanti la..
Abah: oo, lambat lagi la gitu gak..
aku: emm, gitu la.. hurm, k.long tgh ada meeting nih bah, nanti kita cakap lain kali pulak ye?
Abah: ya la..ok, assalamualaikum..
aku: waalaikumussalam, kirim salam semua  yang kat rumah..
Abah: insyaAllah, ok..

klik..tut..tut..
dan itulah kali terakhir bicara aku dan abah.. tiada lagi perbualan seoerti yang kami janjikan kerana abah pergi pada tanggal bersejarah 1/3/2010 jam 2petang..

cukup terkilan kerana bicara abah yg lembut berbanding biasa pada malam tersebut aku hanya ingin habiskan cepat-cepat demi sebuah meeting, padahal percakapan tidak sampai 3 minit itulah pengakhiran bicara seorang abah yang amat aku sayangi..

1/3/2010
11.30pagi: meminta kebenaran dari bos utk pulang pada hujung minggu ini..walau kurang mendapat respon, akhirnya aku diberi pelepasan balik..

1.45ptg: bercadang telefon abah utk memberitahu ttg kepulangan aku tetapi tukar rancangan utk call umi sebab kononnya nak buat kejutan.

1.46ptg: kring, kring, kring, telefon tiada siapa yg angkat..cuba call telefon abah, juga tidak berangkat..

1.48ptg: kring, kring..telefon bersambut, namun bukan suara yg dikenali.. "sapa ni?", aku tanya.. kedengaran sedikit riuh di sebelah sana.. "helo, k.long ke, hu...hu...?", terdengar suara adik aku pula menyahut panggilan dan suaranya seperti dalam sendu.. "nape ni? bagi fon ni kat umi!!", aku mengarah. Umi menjawab:" helo k.long, umi ni..hu..hu..abah rebah..tak sedar lagi ni.." . Ungkapan yg begitu mengejutkan! aku kelu tidak mampu bersuara, hanya sendu..
klik, talian aku matikan.. hati mula berdegup kencang..

1.49ptg: air mata deras turun dari tubir mata..tak mampu ditahan lagi.. ada yg bertanya, namun tiada jawapan yg pasti dapat aku berikan.. setelah tenang, aku berdoa minta abah diselamatkan, baca al-Fatihah berulang kali.. hati masih tidak tenang.. air mata masih merembes laju..

1.50ptg: berkejar ambil wudhuk, buat solat hajat, minta abah diselamatkan dari apa2 kemungkinan.. dalam hati aku "abah, jangan mati..ya Allah selamatkan abahku"

1.53ptg: aku mula baca yasiin... hati masih berdebar, mata masih merembes airnya.. membaca dalam sendu..

2.15ptg: telefon semula no umi.. suara umi sudah tenang dari tadi.. "abah ok dah ke?"-aku tanya.. umi jawab: "abah takde dah.." cukup tenang umi aku jawab, sedangkan hati aku bagaikan kaca jatuh terhempas, pecah berderai, innalillahi wa inna ilaihi rajiuun..hanya itu ucapan yg mampu diucap.."k.long akan bertolak balik sekarang jugak, tunggu k.long.."

2.16ptg: dengan rembesan air mata, aku berlalu meninggalkan pejabat utk mencari tiket bas balik kampung; tiket paling awal jam 8malam (perjalanan dari perlis ke kelantan ambil masa lebih kurang 7 jam)..cukup berdebar, takut2 tak sempat dgn jenazah abah..

2.45ptg: ada kawan sepejabat baik hati utk hantar balik jam 6 petang, alhamdulillah..
aku balik berkemas baju..

3.30ptg: ada sahabat lain yang ingin hantar pulang jam 4, aku pun bersetuju.. keadaan cukup mendesak..tiket sudahpun dibatalkan..

4.15ptg: bertolak pulang bersama sahabat2 yg lain..terima kasih pada housemateku, terima kasih pada sahabat2ku.. dua buah kereta konvoi ke kelantan.. semuanya ingin menziarah abah..

6.30ptg: kereta masih di changlun kedah.. ayah chik telefon: "k.long ada kat mane dah ni?" soalan yg cukup mendebarkan aku. terlintas di kepala aku, 'aku dah tak sempat dgn arwah abah'.. ayah chik:" cepat sikit deh, lewat dah kita ni.." apa yg harus aku buat, jika bisa terbang, dari jam 2ptg lagi sudah terbang..apakan daya..hati ini menangis pilu lagi..yasin sudah beberapa kali aku bacakan..

7.30ptg: sekali lagi ayah chik telefon:"k.long dah sampai mane dah ni?"..ugh, soalan yg cukup menyeksa jiwa..'baru di baling, kedah..'-sayu jawapan aku... ayah chik:"hurm, kita lewat sangat dah ni, k.long rasa macam mane?".. apa jawapan terbaik??? lebih kurang 15saat aku terdiam, senak di dalam dada, ini jawapan yg terpaksa aku buat tak kira pahit atau manis..tunggu atau relakan? akhirnya, aku:"takpe lah, buat lah mana yg terbaik", klik. serentak dgn itu, air mata mencurah laju, bengkak mata usah dikira, dada terasa cukup sempit.. cepat2 ingat pada Allah, astaghfirullah al-aziim..

10.00mlm: masih di Grik, melepasi dingin malam banjaran Titiwangsa.. Tasik Banding yg selama ini nampak indah, cukup sayu aku lihat pada malam itu..hati makin boleh menerima.. cukuplah sekadar ini tangisan, biarlah aku jadi tabah utk umi dan adik2.. takkan aku tumpahkan air mata ini bila sampai di rumah nanti, itu janji aku..

10.15mlm: umi telefon, abah sudah selamat dikebumikan..umi minta aku redhakan segalanya.. 'dalam hati aku hanya mengiyakan'. akhirnya, tiada lagi batang tubuh abahku di bumi Allah ini.. 'ya Allah, tempatkanlah abahku di kalangan orang2 yg Engkau kasihi..amin..' hnya doa dan kiriman ayat2 suci Allah aku kirimkan dari jauh.. kereta masih membelah kelam malam yg syahdu..

1.00pg: akhirnya, dua buah kereta yg konvoi ke rumah aku, sampai di rumah Che' (nenek, mak kepada abah).. aku masuk ke ruang tamu, masih kelihatan tilam tempat jenazah, aroma kapur barus masih melekat di awangan..suasana yg cukup kosong..
aku dan sahabat2 disambut sayu oleh saudara-mara yg masih belum tidur.. umi dan adik2 sudah tidur, keletihan gamaknya..
ketika menggerakkan mereka utk bersalaman, sisa2 kesedihan masih berbekas di mata..

1.30pg: sahabat2 aku yg masih belum makan sejak pagi, dijamu sekadarnya oleh saudara-mara..mereka makan dengan berselera..terima kasih sahabat..

2.30pg: selepas berbual-bual seketika..semua bergerak utk membilang bintang..zzzz..

6.15pg: dikejutkan bangun utk solat subuh..aku juga turut mandi awal2.. pagi ini, selepas sarapan, aku akan ke kubur..

8.00pg: mula bersarapan dgn ahli keluarga yg lain..sahabat2 aku pun ikut sarapan bersama..

8.45pg: bertolak ke kubur bersama adik2, saudara-mara dan juga sahabat2 aku itu..

8.50pg: sampai di sana..kelihatan nisan berceracak di sana sini.. kami mencari kubur abah.. bila dijumpai, mula membaca yasin bersama-sama.. hatiku mula sayu kembali..apa tidaknya, selepas Hari Raya Haji yg lalu, inilah pertemuan pertama kali aku dengan abah dalam keadaan yg cukup tidak disangka-sangka.. mata tidak mampu menahan lagi, janji tidak mahu menangis di depan adik2 tidak dapat aku penuhi.. separuh sahaja yasin dapat dibaca sempurna, selebihnya aku bercampur dengan esakan dan rembesan air mata yg cukup menyempit dada.. tak peduli lagi jadi tontonan orang sekeliling..hati ini teramat sayu..cukup sayu..cukup pilu..
bacaan doa yasin yg dibaca oleh Ayah Im makin menyengat jiwa.. amin.. damailah abah di sana..
belum sempat mengemas tikar, aku sudah melarikan diri ke kereta, tak sanggup bertentang mata melihat nisan abah..

Dulu, ketika abah hantar aku di hentian bas (sewaktu pembukaan semester yg baru), dua tangan kasar yg kuat bekerja Abah hulurkan padaku sebagai salaman terakhir..
Kini, hanya dua batu nisan abah yg mampu aku usap..

Dulu, aku cukup ego utk mencium pipi dan memeluk abahku..malu kononnya..
Kini hanya tanah merah yg mampu aku genggam..

Dulu, aku cukup ego mengucapkan 'I Love U, Abah..'
Kini, hanya kemboja bisu di tepian kubur yg mendengar bicaraku di tepi pusara abah..

Dulu, abah selalu menghantarku ke sekolah naik motor cabuk itu, namun tidak pernah aku berterima kasih sebaiknya..
Kini, kenangan itu berlalu pergi..

Dulu, abah selalu telefon aku walaupun aku jarang sekali ingin telefon abah..
Kini, tiada sehuruf perkataan pun dapat ku dengar dari bibir abah..

Dulu, aku mencium tangan Abah di hari raya tanpa sepenuh hati..
Kini, tangan kasar Abah tidak akan disua lagi..

abah akhirnya pergi di usia 54tahun, meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak-anak, sanak saudara dan sahabat handai..
abah, kami takkan lupakan mu..
abah, moga kau tenang bersemadi bersama para solihin..
kami akan jadi anak-anak soleh yg memberi syafaat kepada kedua ibu-bapanya..amin..
Abah, I LOVE YOU VERY MUCH!!!


posting ini bukan kerna ingin menagih simpati, sekadar coretan hidup yg ingin dikongsi dan dapat dijadikan iktibar kepada semua..sayangilah orang yg tersayang dgn sebaiknya kerna kita tidak tahu bila Allah akan mengambil mereka kembali..ekspresikanlah sayang anda sebelum masa habis berdetik..



4 comments:

ili_far said...

Papaku heroku^_^

Nur Wahidah Binti Mohd Taufik said...

sedih bc ni....nk ngis rsa...syangilah ibu bpa kte selagi mereka hidup....seorg ayah kdg2 tidak menampkkn kasih sygnye secara zahir...tp percayalah, dlm hati mereka mesti akan ade rsa syg wlupn sedikit....wae syg ummi n walid wae...semoga dpt jd anak ummi n walid y solehah...amin...

noorain said...

k.ili

yeah..bgus..ambik papa jadi hero k.ili..gewe xdop lagi nak wat jadi hero pon..heh~ (ku mula nak mengarut..haha~)

noorain said...

nur wahidah binti mohd taufik..panjang sangat..

wae je..=p

yap..sedih kan bila baca kisah tu..mengalir air mata bila membayangkan ku berada ditempatnya..

aku pun ingin jadi ank yg solehah buat mak dan ayahku..selagi mereka hidup, masa ni la nak berbakti pada mereka..

semoga kita semua jadi anak yang soleh solehah buat mak dan ayah..amiin~