Saturday, January 22, 2011

Epal hijau



Meh aku nak cite..Kat USM.. bila tiba waktu makan je, menu utama aku untuk makan tengahari ialah nasi dan jus buah..nasi biasa la kan, tapi jus buah ni tak lengkap rasanya kalau tak beli. so, mesti kena beli la.kalau tak rasa kekurangan je..macam ikan akan rasa gelisah kalau tak de air..haha~ ye ke sampai tahap mcm tu..saje je bg ayat power sikit..pastu yang aku suka sangat beli ialah jus buah epal hijau susu dan jus carrot susu..fuh, sedap tau..

Apa sebenarnya khasiat jus buah epal hijau ni erk..erm..aku try la search..meh aku kongsi..(carrot lain kali plak ye..)

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.
* Dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman:

- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah:

- Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.



Hidu epal hijau dapat tenangkan fikiran?? aku rasa bukan sebab hidu epal tu kot..tapi bila tengok hijaunya epal itu..warna hijau ni warna yang tenang.warna alam..tengok pokok, tumbuh-tumbuhan tenang aje...sebab tu nabi pun suka warna hijau..apa lagi..pilih la hijau..=p

6 comments:

ili_far said...

hohoho.....erm
epal ijau bkn ke mengurangkan daya ingatan?
Ustaz tahfiz pnh nash dl jgn amalkn mkn epal ijau, minum air selang-seli mkn,asam2,mkn orgn dalaman...ap lg ek? hehe.....
4 me blh je mkn epal ijau sb di sebalik -ve itu ad +ve nya jg... Setiap ciptaan Allah semestinya ad khasiat tersendiri asalkan tahu baik buruknya, then timbang la sdr,mkn epal ijau x slh,tp jgn lupa seimbangkn dgn mknn len. Bg para hafiz n hafizah, kalo nk daya ingtn kuat,avoid lg bgus. Nasihat drpd budak dpt B- nutrition,huk3..cdey=P

hurul_in said...

k.ili

memang prnh dgr epal hjau xelok utk ingatan..sebab masam..tp kalau yg jus x masam la sgt sebbnya da campur ngn susu..huhuhu~ tp betul la k.ili ckp setiap ciptaan Allah ad khasiatnya yg tersendiri..ambik la yg baik selagi mane x melanggar syariat..hehe~

@inurISLAM said...

ain bakal nutritionist..=)
kalau perit tekak nk minum or mkn ape??...hari ni terhidu concentrated HCl...menusuk tajamnya...masyaAllah, mgkin satu teguran Allah bt sy..hehe

hurul_in said...

ainur islam

bakal nutritionist?? hoho..cita2 tu..hehe~

perit tekak? yg sy tau minum air asam jawa..=)

Petunjuk Ketenangan said...

wah.. bicara seniorku~

hurul_in said...

sakinah my junior..tq sudi baca n komen kat blog ni...=)