Mencari mood untuk menulis...
.....mood....
mood..mood...ooo..mood...ok...!!!
Sebelum tu, follower di blog ni makin meningkat plak dah..huhu~ blog yang x seberapa ni..dan hanya tulisan dari insan yang tak seberapa ni juga..(aku je la, k.ili x kot...)
Hajat nak update selalu je blog ni, tapi banyak plak halangan bila kat rumah ni..tv, jaga anak sedara dan kerja2 'suri rumah tangga' yang menanti..tambah tidur, makan dan minum..
Dua minggu sudah berpraktikal di USM, Kubang Kerian...masih ada baki 18 minggu lagi..teringat status fb seorang sahabat..."19 minggu LI..menghitung hari"..ai, xsabar nampaknya nak habis LI..heheh~
Dua minggu di USM, aku banyak jumpa adik-adik dan kawan semaahad, satu matrik..jumpa kat surau, masa tengah menunggu untuk masuk lab, dan dalam lab..tapi ada yang xsempat nak berbual pnjg pun, just salam, ty khabar and go..macam touch n go je..
Apa nak cerita sebenarnya ni ye...semalam, seorang adik junior maahad aku ajak aku pergi dengar ceramah di masjid sempena bulan penghayatan islam di USM..sape ntah penceramah, aku tak ingat dah namanya, xpernah dengar..tapi adik tu kata glamour..hehe..glamour di USM je kot..tiba2 je teringat masa kat usim dulu..kalau ada program, ada gak kawan2 ajak pergi..and still bila kat rumah, aku masih ditemukan dengan seseorang yang boleh mengajak aku ke arah kebaikan..untuk dengar majlis ilmu..salah satu taman syurga..
Pastu aku terfikir, peluang untuk menambah pahala dan ilmu ada je sentiasa,walau dimana kita berada cuma hati kita sahaja yang nak atau taknak...macam ayat buku dr HM tuah, nak ke tak nak? jangan tidak-tidak, biar betul-betul...hehe~ Cuma kadang-kadang kita memerlukan kawan2..kawan2 yang boleh membawa kita ke arah kebaikan, yang boleh mengajak kita ke arah mendekati Allah.. kadang-kadang kita akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu apabila ada teman disisi..seperti solat jemaah, solat malam, ada sahabat yang tolong kejutkan dan tengok tv pun semangat gak bila ada teman yang satu kepala (alahai, semua ni ingat kat su lah).
Dulu pernah masa sebilik dengan seorang sahabat, bila dalam kul 5 pagi ada orang call handset dia..oo, rupa-rupanya nak kejutkan dia bangun solat malam..sahabat seusrahnya..untungnya dia punya sahabat yang sama-sama mengajak kepada amal maaruf...dia tanya aku, ain tak pernah ke ada orang call untuk kejutkan tahajud?? erm, x pernah...syukurla jika ditemukan dengan sahabat2 yang sama-sama dapat mengajak kita kearah kebaikan..
Punya Sahabat yang menjadi penguat, satu anugerah dari Allah. tapi tanpa sahabat pun jika diri sendiri yang mau ke arah pahala dan kebaikan, on je....cuma nak ke tak nak aje...pahala yang tebentang luas sesiapa pun boleh rebut jika diri sendiri yang berkehendak dengan izin Allah...=)
ooo...tapi ceramah yang tu aku tak pergi..atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan..hehe~