Saturday, November 27, 2010

Belajarlah dari musibah


Apa itu musibah? secara ringkasnya musibah ditakrifkan sebagai sesuatu yang tidak disukai oleh manusia seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan dan lain-lain. Jadi, Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai (musibah). kita tidak sukakan kematian, tetapi siapa yang dapat mengelak daripada mati? kita benci kesakitan, tetapi itu adalah lumrah hidup. lalu hati kita bertanya lagi, mengapa Allah datangkan semua itu? apa perlunya musibah? musibah ditakdirkan adalah untuk menyerlahkan nilai diri kita disisi Allah. terutamanya Allah hendak menilai (walaupun hakikatnya Allah maha Mengetahui) sejauh mana hati kita dan Allah menilai hati dan amalan kita. dengan ujian sakit, barulah diketahui tahap kesabaran dalam hati kita. bila diuji dengan peperangan, barulah terserlah keberanian kita. bila diuji barulah diketahui apakah hati itu telah yakin (beriman) ataupun masih ragu-ragu. Ada tiga jenis musibah (walaupun pada hakikatnya musibah itu sama sahaja) tetapi yang berbeza adalah disebabkan keadaan diri orang yang menerimanya dan bagaimana mereka bertindak ketika menghadapi musibah tersebut.

1) Kifarah-iaitu musibah ke atas orang yang baik tetapi ketika itu terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu. maka musibah itu diturunkan sebagai tebusan untuk menghapuskan dosa dan ketelanjuran itu. ertinya Allah membalas kesalahannya didunia untuk melepaskannya daripada dibalas di akhirat. ini lebih baik kerana kerana azab didunia lebih ringan berbanding azab diakhirat. ringkasnya, kifarah adalah ujian untuk orang yang baik yang terbuat jahat. dengan ujian itu, 'orang baik' tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan ketelanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.

2) Bala- iaitu ujian keatas orang jahat yang sedang melakukan kejahatan. Allah datangkan musibah itu sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum lebih berat di akhirat. dengan kemurkaanNya, Allah turunkan kepedihan dan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. orang yang begini akan diseksa dua kali, pertama di dunia, kedua di akhirat. ringkasnya, bala adalah bentuk ujian ke atas orang jahat yang berbuat jahat.

3) Ibtila'- iaitu musibah ke atas orang baik ketika melakukan kebaikan. ia adalah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya yang taat. justeru dengan ibtila',hamba itu akan mendapat pahala berlipat ganda dan ditinggalkan darjatnya di sisi Allah. Dengan musibah, orang yang soleh ini akan mendapat pahala syahid, pahala sabar, pahala redha, pahala qanaah, pahala pemaaf, sangka baik dan sebagainya. justeru jika diuji, bagaimana hamba yang taat itu mendapat pahala pemaaf, sangka baik, sabar, syukur, redha, pemaaf, qanaah daripada Allah?


Sabda Rasulullah s.a.w, barangsiapa yang banyak beristighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.." HR Abu Daud.

Hadis dari Anas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, maka hendaklah kamu berazam serta benar-benar memohon kepada Allah dan janganlah berkata: Ya Allah, jika engkau kehendaki maka perkenankanlah kepada aku kerana sesungguhnya Allah itu bukanlah kedekut (riwayat muslim)

3 comments:

Serikandi Mujahidah... said...

nice post....teruskan menulis ya sahabat...

Aishah Wahab said...

Qaiiyudi 'ilmi bil kitabah..

(ikatlah ilmu dgn Penulisan)

ili_far said...

Musibah dtg dlm pelbagai bentuk. Masalah hadir dlm pelbagai cara. Hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah. Kalau hidup ni plain je...wihout any problem in our lives...kita tak kan kenal sapa kita..tak kan kenal sapa pencipta kita. Oleh itu kawan2 selamat bermusibah! Hehe