Friday, November 11, 2011

Aku Sayang Kamu


Dalam persahabatan dengan seseorang, pernahkah terlintas di fikiran apakah kita benar-benar menyayangi mereka atau adakah kita hanya mempergunakan mereka untuk tujuan kebaikan diri sendiri semata-mata?

Usia makin menginjak, sahabat semakin ramai. Tetapi dapatkah dibezakan antara sahabat, kawan dan teman? Adakah semua manusia atas muka bumi ini adalah sahabat? 

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"
Saidina Ali

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat"
Al-Hujurat:10

Jom kongsi sedikit pembacaan berkenaan ukhuwah dalam persahabatan Islam. Martabat persahabatan paling tinggi adalah itsar iaitu melebihkan sahabat dalam setiap sesuatu. Bagaimana? Senang je, dengan mendahulukan atau mengutamakan sahabat dalam segala keperluannya berbanding keperluan sendiri. Tetapi dalam melakukan ibadah ketaatan kepada Allah, sebagai hamba perlulah berlumba-lumba sesama sahabat untuk sama-sama qiam malam, berebut untuk berjemaah di saf hadapan dan memperbanyakkan zikir contohnya. Tepuk dada tanyalah iman. Mulakan langkah biarpun kecil jadikan setiap ibadah seakan rutin harian sehingga tidak lagi lelah dan rasa kekosongan apabila meninggalkannya.

Bagaimana pula martabat yang paling rendah dalam bersahabat? Bersangka baik kepada sahabat. Husnu dzon (bersangka baik) memang dititikberatkan dalam persahabatan. Why? Sekiranya minda diajar sentiasa bersangka buruk terhadap sesiapa sahaja malahan kepada qada qadar Allah kita natijahnya diri sendiri yang merasa kerana memikul bersama dalam diri akan kuasa negatif sepanjang  perjalanan kehidupan seterusnya  mempengaruhi seluruh aktiviti harian. Sentiasalah berwaspada wahai diri. Sesungguhnya apa yang terlintas di fikiran juga boleh menjadi satu doa. Maka bersangka baiklah dalam setiap masa.

Semoga sentiasa mengamalkan itsar dan berhusnu dzon sesama sahabat. Dekati sahabat yang sentiasa mengajak kepada kebaikan dan tidak menyenangi kemungkaran. Moga wangian kasturi sahabat itu turut mengharumkan dan menyamankan hati. Railah sahabat tanpa mengharapkan balasan di kemudian hari melainkan redha-Nya. Nescaya halawah dalam persahabatan dapat dikecapi.

Special dedicated to all my friends from Pasti Alor Tal,Tadika SKCE, SKCE, MMP, KMM, USIM and wherever we met! Spending time sharing joys and sadness, be patient and stay there for me. I'm always grateful knowing you guys. If one day we meet again but I don't say hi, please remind me the day we shared together.

Wahai insan yang bernama sahabat...
Dalam tangis dan tawa
Ingat janji kita
Ingat ikrar kita
Ingat impian kita
Aku takkan karam
Engkau takkan lemas
Sekiranya aku ingat
Sekiranya dikau ingat
Mendoakan dirimu jua diriku
Bersatu kita bertemu
Dalam dakapan cinta yang Satu

Thursday, October 27, 2011

Munajat 1

Dalam sujudku pada-Mu
Dalam senduku pada-Mu
Dalam tangisku pada-Mu
Dalam takutku pada-Mu
Kumohon
Ampunkanlah segala dosa diri ini
Ampunkanlah segala dosa zahir
Ampunkanlah segala dosa batin

Hapuskanlah
Air mata kesedihan
Air mata kecelaruan
Air mata kebimbangan
Jiwa-jiwa insan yang kusayangi

Kuyakin
Engkau bisa meneguhkan hati ini
Engkau bisa menguatkan keimanan ini
Engkau bisa menyemai benih kepercayaan ini

Kumohon
Semoga pergantunganku hanya semata-mata pada-Mu
Kecintaanku hanya untuk-Mu
Engkaulah cinta teragong
Kuredha dengan ujian-Mu
Walaupun hakikatnya 
Diri ini masih bertatih untuk pasrah
Akan Qada Qadar Ilahi

Maka Ya Allah
Selamatkanlah aku dari dunia kejam ini
Bimbinglah aku menuju kehidupan hakiki
Bukakanlah hijab fantamorgana duniawi
Aku perlukan-Mu
Aku cintakan-Mu
Hadirkanlah halawah iman
Dalam setiap hela nafas ini
Selamatkanlah aku 
Selamatkanlah orang-orang kesayanganku 
Dari siksa-Mu

Wednesday, October 12, 2011

S.A.B.A.R

"Pekehal budak 2 ekor ni yang buat kerjakan ayam sampai hancur!"
Dah jadi haiwan lak!
SABAR.....

"Eh, kan akak dah bitau kena dapatkan kebenaran dari ketua kamu dan isi borang?"
Dapat kebenaran ada dalam memori,isi borang???
Hurm,SABAR.....

"Akak nak tanya sikit, awak tak rimas ke pakai tudung labuh buat kerja dapur? Tak terbakar ke nanti?"
"InsyaAllah, tak kak"
Senyum penuh makna dan mula bermonolog seorang diri...."If saya pakai tudung labuh bidang 60 pon tetap tak pe kak, kerja dapur kan pakai apron, menu takkan tertukar tudung labuh masak cili api pon!"
Pape pun...SABAR.....

"Akak sebenarnya pakai baju berapa lapis kak? Akak tak panas?"
"Agak-agak berapa lapis akak pakai? Ni sarung tangan la dik"
Panas bahang dapur tak pe, panas akhirat ? SABAR.....

"Makcik tak selesa nak solat dengan pakaian kotor dan berbau ni. Kena darah ikan, darah ayam bukan boleh bawak solat pon. Sampai rumah makcik mandi pastu qada la solat!"
Iman lemah, hanya mampu senyum dan dan berdoa dalam hati supaya dilembutkan hati makcik tersebut. At least makcik mengaku tak solat di tempat kerja. Doakan sebelum makcik keluar dari tempat kerja ini Allah kuatkan diri ini dan mampu menasihati beliau atau menghadiahkan sebuah buku berkenaan solat wajib  dan solat qada. SABAR yea,makcik!

"Akak, nape nama saya seorang je dalam list kua masuk untuk tujuan solat?"
"Tulis je"
SABAR.....
"Abe tak solat Jumaat ke?"
Itu hanya suara hati je yang menjerit!!!
I really need the strength, Ya Allah! Jumaat seterusnya awak wajib tegur dia!
Monolog lagi...SABAR.....

"Diorang tu couple la kak, dah rancang nak kawen dah!" 
"Bia betol budak ni! Kan depa 2 orang tu pompuan! Guard tu tomboy je! Eh, minah cashier tu bukan pakai tudung? Takkan tak tau tak leh kawen pompuan sama pompuan???"
"Kami dah puas sound kak! Nasihat cara lembut tak jadi, cakap cara kasar pon tak lekat!"
Migrainnnnn!!!...Jangan stress...istighfar...SABAR...

SABAR......
Sabar jugak! Bimbang takut meletup je sampai satu tahap!!! Lemahnya iman!!! Batin asyik terseksa.Hukhukhuk...Sedarlah! Bukalah mata! Inilah realiti sebenar...sampai bila nak berada di zon selesa.

Ya Allah, terlalu banyak dosa ini. Ampunilah segala dosa ini samada zahir atau tidak. Kuatkanlah keSABARan ini, teguhkanlah hati ini serta permudahkan urusan daie kecil ini di suatu daerah asing yang tak pernah terlintas di hatinya untuk menyebarkan Islam. 

Sunday, September 11, 2011

Cerita pendek

Assalamulaikum

Cerita 1

Lama x update sinergi, rasa cam lama dah update hubungan persahabtan ngan k.ili..hehe~ sebab tu aku pernah cakap sinergi ni sebagai pengerat hubungan ngan aku dan k.ili..bukan la bermakna aku tak ingat langsung kat k.ili bila dah x update sinergi sebab kami masih ada talian hayat yang lain selain sinergi ni...handset…

Cara cakap macam lama dah x jumpa k.ili..padahal x sampai sebulan pun x jumpa kan k.ili, baru je sama2 habis Kursus halal executive Selama 3 bulan di usim..dan sekarang, masing-masing dengan haluan masing-masing. Aku still di tanah air yang aku cintai..hehe~

huh, berdebar tuk praktikal untuk yang kedua kalinya, walaupun hanya di jabatan agama. aku menolak untuk berpratikal di industri-industri yang kebanyakannya di area Selangor dan KL dan mungkin peluang pekerjaan untuk aku terbuka luas..entah, apa penyakit aku ni..hehe~ penyakit nak duduk di rumah ni!!! Ya Allah, rezekimu teramat luas…semoga aku dapat mencari apa yang aku inginkan dalam hidup ini…

apa yang aku inginkan?? Apa yang patut aku buat untuk capai itu?


………………………………………………………………………………………………

Cerita 2

Beberapa hari lalu, aku teringat akan seorang sahbat ni..masa ni hati tengah sedih..teringat apa yang pernah kami lakukan bersama, dan apa yang telah aku lakukan padanya…dia yang sentisa di kelilingi dengan orang-orang yg sangat menyayanginya, family yang sentiasa mengambil berat dan sahabat2 ke syurga…dan yang penting rahmat Allah yang sentiasa memayungi dia..insyaAllah..

Bila kita ingat seseorang dengan hati yang ikhlas, dia pun akan teringat dekat kita jugak..betul…x caye???

Sebab beberapa hari lepas tu aku dapat mesej darinya…mesej yang sama yang aku ingin tanya dia..dengan soalan yang sama…hehe~

Semoga sentiasa bahagia sahabat..doakan aku dalam doamu~

....................................................................................................................................................................

Cerita 3

Tengah membaca novel Kala cinta dan Wahyu bersatu....ada satu hadis nabi...

Seorang sahabat pernah bertanya Nabi, apakah amal yang baik? lalu nabi menjawab : solat di awal waktu. lalu sahabat bertanya: kemudian apa lagi? lalu nabi menjawab: berbakti kepada kedua orang tua. lalu sahabat itu bertanya: kemudian apa lagi? lalu nabi menjawab: Berjihad di jalan Allah..

Itu sahaja dariku~Semoga bermanfaat dari tulisan yang tak seberapa ini...~


# nah, sekali post, 3 cerita...cerita pendek...hehe~


Thursday, September 1, 2011

Simple note of me for WeddingMerdekaRaya

Ramai juga friends yang kahwin raya ni. Sana sini jammed! Maaf tak dapat penuhi undangan semua pihak. Semoga kalian berbahagia hingga ke syurga. Paling terkilan walimah sepasang pengantin ni. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan ni keduanya kawan. Sorry asiah and pok jak! I can't leave my mum and my family right now. Penat memang penat. Niat kena selalu renew. Hehehe...layan lagu jap~

This night I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone
So leave the message at the tone
Cause this night I swear I not doing anything

I think it's not late for me to wish all of you a Happy Raya Idulfitri and Merdeka Day! Alhamdulillah for all the blessing from Allah Rabbul 'Izzati. To my friends yang tak perlu ganti puasa tu, don't forget puasa 6 yek! 

Lets us take this opportunity to ask forgiveness from relatives and friends especially the the beloved and the enemies we had (Kalo rasa ade la). Don't forget as well to forgive everyone around us. Tak kisah la they did serious unforgetful mistake or  someone that we think they gave us trouble all the times. Those whom low down their ego and start forgiving first is the bravest and they won't loose anything. 

"It is not lawful for a muslim to leave (no greeting for a fight) his brother more than 3 days"
(Narrated by Al-Bukhari, 5/5523)

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
<((^_^))>

p/s: mai la dtg beraya kt umah,kalo ad rezeki dpt la rs sorg sket kambing golek! Hahaha,ntah ad ntah x de sok kambing! Bbq lokan je la=P