Saturday, July 16, 2011

Garang ke Girang

 
Meluap rasa merana jiwa
Tetap tegar menikam wajah
Hati merekah terus semarak
Mungkinkah amarah memakan diri?

Panas yang amat
Panas menggelegak
Bahang hati memakan segalanya
Syaitan bersorak terkinja-kinja
Tanda kejayaan menghasut manusia

Wahai hati sedarlah diri
Engkau jua milik Ilahi
Apa guna menyombong diri
Berjalan megah di muka bumi
Dongaklah ke atas
Langit membiru terbentang luas
Nah, siapa yang punya?
Tanah yang kau pijak
Engkau yang membuatnya?
Oksigen yang kau hirup
Kau bayar semuanya?
Amarah, sedih, duka
Kecewa, ketawa, gembira
Semua rasa engkaukah yang cipta???

Amarah yang kau pilih
Atau girang yang kau cari
Tepuklah dada tanyalah selera
Tepuklah dada tanyalah nafsu
Tepuklah dada tanyalah iman
Tanyalah Pencipta


p/s: Lu'lu dah mati. Tinggal Marjan seekor diri...dah mula x lalu makan...mummy cari Lu'lu baru...dah nampak cergas balik=) seronok tengok depa berebut makanan, begaduh tempat tidur, berkejaran dalam rumah dengan makcik2 yang pelbagai ragam. Your life is your choice....Cheer up,dear!

No comments: