Friday, February 18, 2011

Hidayah

First sekali sebelum menulis dengan lebih lanjut, aku nak minta maaf sebab privatekan blog ini buat seketika..ada sebab2 yang tertentu..heee~ malas aku nak bagitau sebab-sebabnya. biarkan luncai dengan labunya..apa kaitan ni..hehe..okay..

Tak terlewat rasanya nak ucapkan Salam maulidurrasul buat semua pembaca blog ni..kalau ada yang terbaca blog ini la..sekarang kalau bukak je tv ke radio ke..aku rasa semakin banyak rancangan keagamaan seperti halaqah, tanyalah ustaz, xcukup ngan ustaz, tanyalah ustazah pun ada gak, al-kuliyyah dan banyak lagi..

Ilmu, terutama ilmu agama sekarang dengan senang je kita boleh dapat..bukak je tv, bukak je radio..berlambak.hampir setiap hari ada sahaja rancangan-rancangan berbentuk ilmiah yang kita boleh peroleh. masih ingat kata-kata seorang ustaz, manusia nanti dihadapan ALLAH, dia takkan boleh ada alasan untuk dia mengatakan pada Allah yang dia tidak tahu tentang sesuatu hukum ALLAH itu. sebagai contoh, kalau la Allah tanya, kenapa kamu semasa hidup di dunia dahulu tidak menutup aurat? dan dia tak boleh ada alasan mengatakan bahawa dia tidak tahu bahawa menutup aurat itu wajib baginya.. kita tidak boleh beralasan di hadapan Allah nanti. .sebab seruan dakwah telah sampai hampir ke semua pelosok muka bumi Allah ini melalui pelbagai cara.

Tapi kenapa masih ada yg tidak mengikut suruhan dan larangan Allah. jawapannya kita masih ada syaitan dan nafsu yang sentiasa mengajak kita ke arah kemaksiatan. yang sentiasa mengajak kita untuk meninggalkan suruhan Allah. hanya mereka yg peroleh petunjuk dan hidayah Allah dapat melayari kehidupan ini yg penuh dgn ranjau. sebenarnya, memang Allah sentiasa memberi kita petunjuk dan hidayahNYA kepada kita. atas manusia itu sendiri pula yang perlu berusaha untuk menyuburkan hidayah yg Allah beri kpd mereka..

Semoga aku, dia, kamu dan mereka sentiasa hidup subur dengan hidayah ALLAH~

Nak kongsi kata-kata ini..

"Sesungguhnya hidayah itu sentiasa berlegar-legar dalam sanubari kita. Genggamlah ia dengan kejap, biar berparut pada hati, biar membekas pada jiwa, biar pelukannya mampu menghantar suara hati hamba-Nya yang sentiasa berharap akan rahmat dan petunjuk di sepanjang perjalanan hidup ini menuju akhirat." iskethaykal





3 comments:

~qalAm HaTi~ said...

bakpo plop private ni?

hurul_in said...

qalam hati

haha, biasa la. sekali sekala...hehehehe~

lo said...

bo lah private2 nyoh. sharing is caring =)