Tuesday, January 3, 2012

IKHLAS




Dalam kehidupan, kita dikehendaki untuk sentiasa ikhlas dlm apa jua pekerjaan yang kita lakukan...Keikhlasan itu umpama seekor semut yang hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. ianya wujud tapi amat sukar di lihat.


Justify FullJustify Full
Teringin update blog tentang ikhlas ini sebab tertarik dengan satu cerita Indonesia, tajuk dari Sujud ke Sujud. sambungan Ketika Cinta Bertasbih...Rupa-rupanya, banyak lagi sambungan cerita ni, lepas KCB movie, KCB spesial Ramadhan, KCB Meraih Redha Ilahi dan last sekali Dari Sujud Ke Sujud. sampai dah jatuh cinta dah dengan Mas Azzam~ haha. cerita Indonesia yang betul-betul ISLAMIK karya Habiburrahman El-Shirazy. Yang aku hairannya, cerita Indonesia yang dok tayang kat tV3, tv9 tu semua jenis yang menyakitkan hati bila tengok, sampai beratus, ratus episod, dok main pusing sana-pusing sini je..tak ada pula cerita Habiburrahman ni diorang nak tayang...






Ikhlas adalah sesuatu yang penting dalam beramal. Jgn membandingkan kelemahan kita dgn kekuatan org lain, kerana pasti ada yg lebih kuat, ada yg lemah dan ada yg lebih lemah drpd kita. Jgn membandingkan kelebihan kita dgn kekurgn org lain…Oleh itu, kita harus mensyukuri apa pun yg diberikan Allah oleh kita. Org yg iklhas itu menerima apa adanya, mensyukuri dan tetap yg mengupayakan yg lebih baik. Sahal bin Abdullah Al-tustari pernah berkata, dunia adalah kebodohan dan kematian. kecuali ilmu. Semua ilmu adalah hujah kepada pemiliknya dan amal adalah sia-sia kecuali ke ikhlasan.


Dalam hadis Abu Hurairah, Nabi s.a.w bersabda, sesungguhnya Allah tidak melihat kalian dari bentuk dan rupa tetapi Allah melihat kalian dari hati, niat dan keikhlasan- Hadis Riwayat Muslim- Orang-orang yang ikhlas selamat dari tipu daya syaitan dan lontarannya dan orang-orang yang ikhlas adalah yang akan bahagia di dunia dan akhirat.

petikan kata-kata dari cerita tersebut tentang ikhlas. Part last for the last episode.

kata-kata yang diterjemah dalam bentuk filem lebih berkesan dan mendalam maksudnya. orang akan mudah faham dan lebih mudah nampak dengan rentetan peristiwa dan kejadian dalam sesebuah filem dan drama. Cerita yang diterapkan dengan unsur unsur keislaman akan lebih berkesan dlm menyampaikan dakwah.


# Semoga bermanfaat.