Wednesday, December 7, 2011

Pencinta Sejati

Kawan
Aku pernah rasa kagum
Aku pernah rasa simpati
Aku pernah rasa cinta

Teman
Aku pernah terluka
Hati pernah tunduk
Agungkan cinta manusia

Sahabat
Cinta sebenarnya suci
Cinta tidak bersalah
Manusia yang menodai cinta
Kerna tidak sabar
Kerna tidak tahu
Menilai cinta

Jauhi cinta terlarang
Berilah cinta pada yang sepatutnya
Cintailah cinta dengan seadanya
Cintailah Pencipta rasa cinta setulusnya


 "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya dia memperolehi kemanisan iman iaitu Allah dan Rasulnya adalah lebih dia cintai daripada selainya, dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api."
(Bukhari dan Muslim)