Sunday, June 12, 2011

Halal Oh Halal

Salam sejahtera!
Maaf la lama menyepi. Sedang mengalami perubahan musim dari seorang nanny granny kepada seorang peneroka ilmu Ilahi. Sebelum jari ini laju berlari ada baik kiranya kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah nenek a.k.a my 'mek'. Al-marhumah telah dipanggil Ilahi 3 minggu yang lalu di hadapan diri ini dengan begitu indah sekali.

Pintu bilik Arwah

Saat-saat akhir pemergian beliau sangat terkesan di hati ini. Masih segar di ingatan seminggu sebelum pemergiannya, papa dan mama tiada di Kelantan atas urusan tertentu. Menjadi seorang surirumah selama kurang seminggu sangat menguji tahap kesabaran dan kecekapan menguruskan karenah adik-adik dan arwah nenek yang sudah lama keuzuran. Mungkin akan diceritakan di lain entry bagaimana fizikal, jiwa dan raga diasak pelbagai kejadian dan perlu bertindak dengan kadar segera. Mungkin.... tapi suka diri ini berkongsi satu ayat yang sering-kali diulang arwah ketika hari-hari terakhir hidupnya iaitu daripada surah Ar-Rahman yang bermaksud:


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" 

Lihat! Betapa arwah mesyukuri dan menghargai setiap nikmat yang dikurniakan kepadanya semenjak beliau mula-mula mencelikkan mata di muka bumi ini sehingga ke akhir hayatnya. Seakan-akan beliau tidak menyesali memilih jalan yang berliku penuh duri sewaktu ketika dahulu seolah-olah beliau menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan meredhai akan ketentuan Al-Khaliq.

Dan sekarang...
mencampakkan kembali diri ini ke daerah yang pasti menyimpan seinfiniti kenangan dan memori indah di bumi Allah yang sangat ber'nilai'. Kita hanya merancang, namun sebaik-baik rancangan adalah milik Sang Pencipta tentunya.

Halal Executive Proggramme

 

Samada diri ini terpanggil atau sengaja memanggil...jauh di sudut hati ini aku meletakkan diri ke suatu daerah asing yang pernah diterokai secara maya suatu masa dahulu...industri halal. Pahbila hampir dua minggu memulakan langkah, kaki ini sering kali terngadah. Nafas tercungap-cungap. Kaget. Perasaan gerun senang sahaja singgah di hati.
Kenapa halal???
Halal itu untuk makanan sahajakah???
Fatwa???
Standard???
Halal Auditor???
Kaedah pensyariatan???
Kena belajar law jugak???
Di sini...segala-galanya merubah. Aku tidak seharusnya menyerah.

Sunyi malam diri ini terkedu lagi. Hiba menyerahkan nasib diri. Di hadapan-Mu kupasrah dengan kekerdilan diri menyuarakan kebuntuan di hati memohon agar dikuatkan jihad ini semata-mata untuk menggapai mardhatillah membangun ummah. Adakah kumampu terus melangkah menerusi jalan ini? Atau kuberubah arah mencari jalan alternatif? Tolong sahabat. Doakanku terus thabat setia di sisi kalian walaupun jalan kita pilih berbeza namun pengakhiran matlamat kita sama.

Wahai diri, kuperkenankan permintaanmu.
Maka, menangislah!
Allah knows by Zain Bikha ft Dawud Wharnsby
Sobahalkhair...