Friday, December 31, 2010

Selamat tahun baru 2011~

Hoh, malam ni hati rasa sedih plak..bkpo nih..hukhuk..sedih...sedih...huwaa. :-( takpe la..biarkan aje perasaan ini..dia akan sembuh dengan sendirinya....g buli anak sedara, main kejar-kejar ngan diorang, berebut alat permainan ke ngan diorang..ok ler tu...jahat punya mak sedara...haha~

Alhamdulillah, result exam for the last sem da kuar..punya susah nak log in ewadi..ada gak hati yang membara dan terseksa sebab try banyak kali pun still xdpt log in..tu sistem yang lembap ke atau internet slow..haha..dua-dua skali la..cucuk smpai dua brodband baru bleh slow2 log in walaupun lama loading..

Tahniah pada sahabat-sahabat yang berjaya..yang dapat Dean List pun ramai..nampaknya ramai la yang dapat naik pentas nanti..tu pun kalau jasad dan ruh wujud pada hari anugerah dekan..hehe~ result aku?? Alhamdulillah..baik dari sem-sem sebelumnya..

As i expected, result untuk genetic engeneering la yang paling rendah..dari sem satu lagi sampai sem last.. asal yang ada genetic, asal yang ada bio, bio tu mesti xdapat nak skor sangat..huhu~microbiology, biology cell, genetic...mesti rendah..yang kira2? kalkulus? rendah jugak..hehe~ habis apa yang tginya? hehe~ Yang tginya kalau subjek yang ada try2 makanan, buat makanan..tinggi la tu...food sensory, food processing, product development (yang ni siap jadi pemenang lagi..hehe), bakery..oooo, rupanya ain ni minat yang bahagian makanan ini yea..baru kenal diri la plak..kihkih~

Masa product development dulu, dalam makmal..pergi ke satu-satu meja nih nak try product yang kawan2 buat..rasa sana-rasa sini..erm,..kuat makan pun ye jugak ni..alahai, patut la da naik sampai 3 ke 5 kg nih..yang naik berat badan tu sebab bahagia la..haha~ ye ke??? kan orang lelaki kalau lepas kahwin tengok gemok-gemok je semua..tu tanda bahagia la tu..isteri ada nak jaga makan minum...hehehe~ oo, ye..abang aku salah seorang contohnya..berisi tak ingat tuh..boleh banding gambar sebelum kawin ngan selepas kahwin..haha~

Dulu masa dekat matrik, ambik sains fizik.fuiyoo, budak fizik la nih..ambik je fizik, tapi tak minat sangat pun sebenarnya...da dapat yang tu..malas la pulak nak tukar ke sains hayat ke.ambik borang..isi-isi borang...tapi bila masuk USIM, dapat Food Biotechnology..bio..bio..bila da kat matrik tak belajar bio, masuk Food Biotechnology ni dia susah la sikit..tu yang mind set dah kata susah tu..tak minat la..susah nak terima la...tapi mind set kan boleh diubah..cuba kalau orang tu dia tak makan tempoyak, ubah sikit mind set..aku boleh makan la...sedap la tempoyak tu..lama-lama dapat la terima..betul x??? hehehehe~ salah ke aku ni??

Dulu pun pernah gak masa mula-mula kenal ngan tempe, tak dapat makan..loya la..tapi bila makan sikit-sikit, dah biasa..4 tahun dok kenal tempe, last2 tekak dapat terima la plak..aku pun pelik, camne boleh plak aku makan tempe walaupun dulu kata tak makan la..manusia kan boleh berubah..berubah ke arah kebaikan bukan ke arah yang lebih buruk..berubah dari tidak makan tempe ke makan tempe tu berubah ke arah kebaikan la tu..tempe kan murah dibandingkan dengan ayam dan ikan..save duit...jimat..jimat..baik punya...hehehe~.sekarang semua da naik harga dah...ermm..tapi kat Kelantan ni jarang la plak aku jumpa tempe..

owh ye..berubah ke arah yang lebih baik..jadikan azam untuk tahun baru...esok da 2011 dah..selamat tahun baru~

Masa yang lepas, telah pergi meninggalkan kita..yang ada cuma masa yang sekarang dan yang akan datang, gunakan ia dengan sebaiknya...~Semoga kita semua dapat berubah ke arah yang lebih baik..makin dekat denganNYA...aamiin~

Wednesday, December 29, 2010

H.A.T.I


"Ya Allah, kurniakan kpdku HATI spt ini...

1>Hati yg Sedar (Qaf 50:37)
2>Hati yg Bersih (al-Syams 91:9)
3>Hati yg Lurus (Ali 'Imran 3:8)

dan Kaupelihara drpdku hati ini...

4>Hati yg Terhijab (al-An'am 6:25)"...Amin Ya Rabbal'alamin.

Syeikh Ibn Ata'illah~"Sebahagian drpd tanda matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih krn tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu perlanggaran dosa." (Al-Hikam)
Rasulullah s.a.w.~"Sesiapa yg merasa senang oleh amalan kebaikannya, dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin(beriman)."(Riwayat al-Tabarani)

Imam al-Ghazali~ " Carilah hatimu pada 3 tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yg baru krn hakikatnya pd ketika itu kau tidak mempunyai hati."

Wednesday, December 22, 2010

~Sinergi~

Bila ingat blog, ingat sinergi, ingat sinergi, ingat blog then ingat k.ili pastu ingat kata-kata k.ili...kata-kata last k.ili sebelum naik bas pulang ke kampung..

“Sebelum naik bas….permintaan last k.ili..1+1=3.. Sinergi always in my heart”

Pastu ingat kata-kata k.ili yang ni…

“Ain, sinergi takkan ada tanpa ain dan sebaliknya..

Kata-kata k.ili yang ni terkeluar bila aku hampir je tak nak melibatkan diri dengan dunia blog..takde mood nak menulis..nak suh jadi blog k.ili sepenuhnya je, biar k.ili je yang update blog ni sorang-sorang.. haaa..ingat k.ili je yang boleh wat kejam ke ain, ain pun boleh gak tau..hehehe..

Bila baca blog-blog orang lain..bagus-bagus semua..hebat-hebat semua..rasa cam takde bakat macam diorang plak..haha~ ilmu pun takat mane la..apa niat nak menulis sebenarnya ni..hmmmm...bila ingat balik.. idea hendak membuat blog ni tercetus dari k.ili ketika kami sama-sama ditugaskan untuk menjaga Koperasi di Pusat Komersial, USIM...punya la pikir nk taruk name apa tuk blog ni, pikir punyer pikir akhirnya tercetus la Sinergi dari bibir k.ili..tu pun setelah lama mencari idea..haha~

Tak terfikir pun sebenarnya nak buat blog..tapi bila k.ili ajak buat blog sama-sama, terus je setuju..angguk angguk..boleh je..bila dah tertembus ke dunia blog ni..bagus jugak..tulis ilmu-ilmu yang aku dapat dari pembacaan..komen-komen blog orang..baca komen-komen orang..baca pengalaman orang..sikit sebanyak..menambahkan aku dengan ilmu-ilmu yang aku tak tahu sebelum ni..dan makin melekatkan aku dengan ilmu-ilmu yang sedia ada dalam kepala aku nih..

Kenapa Sinergi??

Sinergi…Perkataan yang diambil dari sebuah novel HILAL ASYRAF...

"Kesatuan berdasarkan keimanan, akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa. "

Sebuah novel yang memaparkan kisah tentang uhkuwah antara dua sahabat yang dibina atas keimanan kepada Allah. Walaupun pelbagai ujian timbul untuk menggugat ukhuwah mereka, namun selagi iman menjadi paksinya tiada yang dapat memisahkan dan meleraikan sebuah ukhuwah yang telah dibina kerana ALLAH..

Kalau nk tahu lebih lanjut pasal cerita tu, baca la novel Sinergi karangan Hilal Asyraf tu...eh, promote novel plak..

Pinjam kata-kata k.ili dalam 1st entry...

Why we choose 'sinergi' as our blog's title because as a muslim we can't live alone. We need a doctor when we are sick, we need a mechanic when our car just broken down, we need garbage collector to collect rubbish from our house. Then, just imagine if we work together to get something. The work will run smoothly rather than we do it alone. So, what friends are? We hope that this combination will give more manfaat to all of us...

Aku harap dengan adanya Sinergi ni, aku dapat menambah ilmu, mengikat ilmu...bagi manfaat pada sape-sape yang baca blog ni...dan yang paling penting tempat k.ili dan aku terikat dengan satu ikatan yang sah...hahaha~ ukhuwah-----> ukhuwah..

InsyaAllah..insyaAllah...~


p/s: k.ili tengah batuk-batuk...suara pun dah rock sikit..hehe..=p

Sunday, December 19, 2010

Good Resume vs Great Resume

In the name of Allah, the most gracious and the most merciful. Alhamdulillah, with all His wonderful love now I finished my degree at USIM. Struggling too much than others and trying so hard  to give the best for Islam (Ya muqollibal qulub, thabit qalbi) whatever the result come soon, tawakaltu 'ala Allah. Now this is a stage of selling myself to employer or company who needs my ability gifted by Allah in food technology's field.

How to write a good resume instead of bad resume? What is your choice either good or great resume? Of course all of us really need to impress the reader a.k.a the employer with a great resume, right? Below are some advices from my relatives and friends:
Mr.nikon said "Simple and compact resume"
My cousin, abe alan told me "Keep important and sighnificant info, not from your point of view, but your potential employer. Know what they would be interested with you, on top of the selling points about yourself"


 Now, get ready for your next level of life and keep editing and updating your current resume! To all my fellow friends, have a nice enjoyable moments in your industrial training!

Wednesday, December 15, 2010

~Before I say Sayonara~

Buat ashabul kahfi pt 5428



Sahabat ashabul kahfi
Korang sesungguhnya
Temanku
Di kala duka dan lara



Satu semester kita bersama
Bagaikan bertahun lamanya
Suka duka
Tangis tawa
Tanpa sempadan kita harungi bersama




Setiap saat kita melangkah
Tanpa jemu terus melangkah
Tanpa niat nafsi-nafsi
Kita melangkah bersama penuh berani
Erat menggenggam tangan sang sahabat
Terus ke hadapan dengan thabat



Di manakan kucari ganti
Di manakan kulihat lagi
Indahnya ukhuwah ini
Tak pernah mengharap itu ini
Sebagai balasan kebaikan diri



Kutahu
Kalian mengharapkan ukhuwah sejati
Tanpa balasan duniawi
Kalian semaikan cinta sejati
Terhadap Ilahi
Moga kitakan berkasih lagi
Di syurga firdausi




Buat FB 4th Batch
Bila aku teringat lagu ni
Wajah korang satu-satu datang menjelma




Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak 
Yang menghempas pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tiada diundang

Korang sambung sendiri la ek! Malas jiwang sengsorang=P First time aku jejak masok ke dalam kelas korang a.k.a kelas aku jugak sekarang (tak pernah malu mengaku FB 3rd batch as well as FB 4th batch) aku cuak gak. Yela..umur dah tua (ehem..tp awet mudakan???) tapi belajar ngan dak-dak ribena. Gitu lah aku pk awal-awal sebelum aku kenal dan hidup bersama korang secara dekat. Camne aku nak survive? Memang soalan ni sentiasa menghantui aku. Semenjak aku pulih dari gering yang agak lama,aku tak tahu ability sendiri tok berjuang di padang ilmu yang memang sah penuh mencabar. Namun satu je yang aku tanam dalam hati, Allah always be with me as long as I believe in His love. Berbekalkan keyakinan itu aku teruskan langkah tanpa rasa malu. Rugi beb, kalo malu nak tuntut ilmu, malu nak tanya orang benda yang kita tak tahu or kurang fahama.k.a blur. Percayalah! Sangat rugi! Malu time menuntut ilmu tak pe.Makin lama aku sekelas ngan korang, bergurau senda ngan korang, beramah mesra ngan korang, bertukar pendapat, jarak umur cam tak pernah wujud. Korang still panggil aku akak..tak kisah la...at least korang da menunjukkan respect korang pada senior kan...tapi sebenarnya kalo korang buang title akak kat depan pon aku tak kisah. Aku sayang korang semua dan aku tak pernah terasa hati ngan korang. Alhamdulillah, nasib korang kot dapat akak 9 april yang payah nak terguris hati ni. Mungkin pengalaman mendewasakan perasaan da pemikiran seseorang. Heeeeee. Tapi aku tau aku bukan manusia yang tak pernah buat salah. So semestinyorang yang korang panggil kakak ni pernah melakukan kesalahan antara sedar atau pun tak. Mulut akak korang ni payah sikit nak pakai penapis! Terlepas cakap ke, terlajak perahu ke..amponnnnnn!!! Maaf sekiranya kata-kata aku selama ni mengguris perasan dan hati korang. Ambil yang baik je segala teguran aku, yang korang rasa tak logik dan cam berat sebelah korang tolak jauh-jauh yek! Kadang-kadang, even I'm older than you all,I also need some advices in some cases too. I'm not perfect! I'm just a human too. So,thanks a lot to guys yang tetap melakukan tugas as a friend dalam menegur aku cara betul bermuamalat, cara terbaik berpakaian secara muslimah dan tak terikut ngan fesyen moden sekarang, cara terbaik nak timba ilmu dan dalam banyak hal lagi tanpa melihat aku sebagai akak yang garang (hehehe,..tahun rimau kot) dan boleh diajak berbincang. Korang da melakukan satu tugasan atau amanah yang terbaik untuk aku as your friend. Kalo aku nak cite sengsorang agak panjang le nti...setiap dari kalian agak unik dan ada potensi diri untuk menjadi seseorang. Walaupuan hanya 3 semester aku bersama korang rasa cam da 5 tahun kita kenal! Jealous la senior-senior korang if diorang baca entry ni. Hehehe..diorang ada specilaty len dalam kamus hidup sorang insan bernama ILI. Mungkin akan aku kongsi saat aku bersama diorang di lain masa. Love you all! Home sweet home. Hahahahaha..tetibe lak! Last but not least, korang layan la lagu; 

Selamat berjuang sahabatku 
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya.....


~Buat Ain~




I have no word for you
By creating this blog 
I already tied you up
To be with me
Hahaha
Baru you tau how cruel I am

The last gifts you gave to me this morning, I'll truly appreciate those books very much. May I share those ilmu and kata-kata with all the blogger and reader soon. Kawen tak ajak memang nak kena ni! =P

Tuesday, December 14, 2010

USIM di hati~


Assalamualaikum w.b.t..

Kaifa haalukum?..arju annakum fi sihhatin wal a’fiat…wah berbahasa arab plak.…ingin menulis dan mengupdate blog.. aku kira ini entry terakhir aku di USIM ini..insyaAllah, tengah menanti untuk pulang ke rumah tercinta…minggu ni sibuk dengan mengemas, buat thesis correction setelah dapat tesis dari second reader..banyak plak kena baiki…antara ayat Dr…..insufficient literature review which define high fibre in biscuits and cookies..dan banyak lagi…. ok dr, saya tambah la kalau saya rajin, kalau tak rajin saya tak tambah….boleh ke macam tu..hehehe…buat ain jangan tak buat…

Sekejap je masa berlalu. Da nak tinggalkan usim dah..masih teringat saat diterima masuk di USIM..menangis bila dapat tahu aku ditakdirkan Allah untuk berada di USIM..bukan di UPSI, UITM, UTM dan lain-lain. Minta pendidikan sebenarnya..konon-konon nak jadi cikgu..hehe...tapi temuduga pun fail aku rasa..jawab soalan yang tidak menjawab soalan penemuduga..kihkih...takpe la, itu la dikatakan bukan rezeki..rezeki aku di USIM...

USIM...Universiti Sains Islam Malaysia..dulu sebut je usim..ramai yang tak tahu..usim tu ape..tapi sekarang ramai dah yang tahu kot..mungkinkah disebabkan tempoyak powder, ramai yang kenal Usim ????...hahaha....ye la sangat..tapi aku rasa tetap meyumbang juga walaupun 1%.. hehehe~

Hari-hari terakhir di USIM...sedih bila mengenangkan macam mane nanti tanpa sahabat-sahabat disisi..terutamanya sahabat-sahabat yang aku sayang....sahabat-sahabat sekelas...sahabat yang rapat dengan aku..housemate...roomate...semua la...semoga korang sentiasa dalam rahmat Allah walau dimana berada..

dan di kesempatan ini aku ingin memohon maaf jika selama bersahabat ni, ada yang terguris hati..tak puas hati ke....minta maaf banyak-banyak..

buat sahabat-sahabat 4th year FOOD BIOTECHNOLOGY, USIM

minta maaf atas segalanya

ukhuwah yang terbina antara kita moga berkekalan selamanya..amiin....

.......to......

k.ili...

terima kasih atas segalanya..minta maaf jika ada buat k.ili terasa hati..dengan perangai kebudak-budakan ain ni..sampai k.ili pernah cakap ain ni tak matured...doa-doa la ain matured ok..hehehe..moga k.ili kuat..ain sayang k.ili... =)

roommate, suhaila

terima kasih juga untuk segalanya...engkau hadir menepati waktunya...terima kasih Allah..

~buat sahabat blogger~

en voltox

selalu je terserempak ngan en voltox nih...minta maaf salah silap..semoga berjaya dunia dan akhirat..nanti nak sambung PHD ke plak?? hehe~

sufi, habib, cik aish, hasanah, syami, lilo, wae

teruskan menulis...!!

dan buat semua sahabat-sahabat yang aku sayang....


<<<<<<<<<MAY ALLAH BLESS U ALL>>>>

~Doakan aku sahabat~


p/s: jumpa lagi di entry yang akan datang.INSYAALLAH....~


Cahaya~

~Aku ingin menggenggam cahaya~

Monday, December 6, 2010